Saturday, March 22, 2014

projek #asal siap

assalamualaikum -'
hoho...
kerja last minute memang penat tapi aku puas hati sebab stress itu yang dapat naikkan semangat aku. (ada juga orang macam ni kan???)
nope..
sesetengah orang kata. 'asal siap'
yeah...betul asal siap.siap pada waktunya.
yang lagi bagus...ada orang  kata pula 'better late than never..'
(gelakjahat)

what ever it is..
aku memang salah seorang yang asal siap nih dari tak ada..hoho, susah betul nak tinggal tabiat ni. 
jenis yang ok..awal-awal pikir idea. nak buat macam mana. tapi sehari sebelum dateline baru terkedek-kedek nak buat.
aiyak (sedar diri tapi tak pernah nak ubah)
stress!!! (bak kata Gary running man)
haha..
by the way..
hope diorang terima idea aku esok..
penat ni buat!!!!

# throwback
#Ilmu Teras Keunggulan












ok..bye bye sayang.



Friday, January 10, 2014

Saya chekgu Maths ok

assalamualaikum.
salam jumaat.
jumaat yang kedua cuti bagi negeri Johor dan yang seangkatan.

so..what's up?
 ada kawan aku mesej bagitahu dia kena ajar subjek biologi. (di mana kitorang sama-sama dapat c untuk subjek ni)
kasihan kawan aku. terbayang kalau aku di tempat dia.mahu pening otak aku
dulu, zaman sekolah ustazah ( oh, cikgu kitorang semua kami gelar ustaz atau ustazah) siap pesan lagi 'abdiah, awak tak kalau tak lulus saya cari sampai lubang cacing.'
cuak tahu!
akhirnya, dapat C untuk subjek ni.
agak cacat result aku dengan adanya huruf itu, tapi itulah...

majoriti kawan-kawan aku whassup bagitahu dapat ajar subjek fizik, sains, matematik
ada yang kena ajar subjek Bahasa Melayu.
haha.
alahai.

aku walau tak ajar subjek fizik atau sains masih boleh bersyukur dapat ajar subjek matematik
ok la kan.
alhamdulillah.

mengajar sesi petang pelajar tingkatan 1 dengan 17 orang guru sahaja.
tahun ini dapat tugasan ajar 5 kelas matematik.
2 kelas hujung, 2 kelas awal dan tengah-tengah.
agak blur juga mula-mula nak ajar budak2 kelas awal ni.
senyap je semua.
kelas pandai kan.
so, terangkan sikit-sikit, review, dan latihan banyak-banyak.
lain dengan kelas hujung.
untung ada respon.
ada yang loyar buruk.
ramai sebenarnya.
sebenarnya kelas hujung ramai pelajar kelas peralihan tahun lepas.
most of them can't speak and write well.
Allah.
ada seorang budak ini (kelas peralihan juga), aku agak terkejut dengan penampilannya awal-awal ini, rambutnya dipotong kemas, dan tulisan pun kemas.
ikhlas, aku puji tulisan dia depan-depan..
dan dua hari ini,
dia bagi respon yang baik. mudah-mudahan berterusan.

ada lagi seorang budak, tan lan zhi nama dia, sangat suka main. hari pertama masuk kelas dia, dia baling sampah pada kawan dia.
silap aku terus marah dia masa itu.
serius aku memang menyesal sebab marah dia.
kasihan dia.
tapi semalam, aku cuba buat dia jadi hero dalam kelas.
konklusinya,
aku minta dia tuliskan jawapan di hadapan..
dan dengan bantuan kawan-kawannya
dia berjaya..
dan tepukan hebat dari kawan-kawan, nampak dia gembira.
moga semakin meningkat.

ramai lagi sebenarnya.
budak-budak kan.
nak didik bukan main hentam.
kena ilmu.
dan aku masih belum punya ilmu yang cukup.
masih bertatih dalam dunia ini.

dan mereka,
baru nak menginjak ke alam ini.

maka aku punya cerita untuk mereka dan aku sama berkongsi rasa.

yang tak tahan tu, walau aku ajar matematik. masih ada yang terpanggil aku ustazah.
label ustazah ada di muka aku agaknya.
hehe.:)
nak balik salam cikgu. comel je semua. sopan.
rindu dekat f1 tahun lepas. :)


next week, aku plan 'motivasi balang warna-warni' .


Monday, December 30, 2013

hello 2014~

assalamualaikum :)
eh..esok cuti kan???tapi...still esok kena pergi sekolah, ada meeting lagi. Last meeting untuk tahun 2013...
dan lusa start sekolah :)
tahun ni pegang kelas hujung...
masa daftar pelajar...aku perhati sikap adik-adik yang bakal aku pegang..
yang bakal aku pelihara
tak salah pasang azam macam ini..tapi kesabaran tinggi perlu.dan lagi ada pelajar yang memang tak faham bahasa Melayu.
oh ya..tahun ni dapat subjek Sains..
'dapat jadual je, terus mikir cmne nak buat budak-budak ni minat subjek ni..'
so..nampaknya pelan strategik peribadi kena upgrade la ye..
kena tulis elok2..
tengah siapkan planner 2014 (ambil dari website cikgu luar negara, serious..dia memang kreatif)
dalam dia macam planner jual kat kedai. asalnya nak beli je..
tapi tak puas hati pula..
so, buat my own journal..
tinggal nak binding and tambah aksesori sikit
insha-Allah bakal di update..
sekali dengan jadual JMJ 2014
misi Gaza 2014
misi tour2014
hehe
...
esok mungkin????
daa..




Saturday, December 28, 2013

Minyak wangi Ajaib (separuh jalan)

     

         “Mana ayah ni….dah nak pukul 11 ni. “ Rungut Aya. Sikit sahaja lagi air matanya mahu tumpah kalau tidak mengenangkan Pak Cik Mahmud , pengawal keselamatan sekolah (biasanya dia panggil Pak Cik Mahmud Jaga).
          “Ayah kamu mana?” Aya gelengkan kepala. Agak ketakutan.
          “ Dah lewat ni. Biasanya ayah kamu datang awal.”
          “ Tak tahulah pak cik. Tak apalah..saya jalan pergi kedai Ali depan tu. Nak telefon rumah.” Terasa menyesal pula bila dia menolak pelawaan ayah Sara yang mahu tumpangkan dia pulang. Rumah Sara bukannya dekat dengan rumahnya.
       “ Hah…yalah. Hati-hati jalan tu.” Nasihatnya. Aya hanya senyum. Cuba untuk hilangkan rasa takut dn risau. Risau bila ayahnya tak muncul.
          Nombor rumah didial berkali-kali. Sunyi. Tak ada orang angkat. Saat itu air mata Aya terus mengalir laju. Ayah mana? Tanpa berfikir panjang, dia terus melangkah keluar. Laju. Mahu cepat sampai di rumah.
Bukan dia tidak biasa balik rumah  jalan kaki tapi dia tidak pernah pulang sendiri. Malam pula. Masa itu, mulalah terbayang cerita Hantu Galah yang sibuk dibualkan oleh geng Miza, kelas sebelah. Dikuatkan juga hati.
‘ah.ikut jalan shortcut. Cepat sikit sampai’ bisik Aya. Tiba-tiba kedengaran bunyi anjing menyalak. Eh, kata Tok Mak, anjing menyalak malam-malam sebab Nampak benda. Wargh…makin kuat langkah Aya. Eh, makin kuat pula anjing itu menyalak. Aya terus berlari sambil mulutnya terkumat-kamit baca doa pendinding. Baca surah 3 Qul, ayat kursi sambil laung azan kuat-kuat.
“Alhamdulillah” ujar Aya bila suara anjing menyalak itu semakin sayup dan terus hilang. Kakinya terus melangkah. Hatinya sedikit tenang, sambil teringatkan ayah.
‘Allah…tak ada tempat lain ke dia orang nak lepak.’ Rungut Aya. Nak patah balik dah separuh jalan. Nak terkencing pula ni.Padahal sikit lagi nak sampai rumah. Mahu saja dia menjerit marah-marah.
Dia terus bersembunyi di belakang pokok di tepi jalan. ‘Hantu-hantu’ ni lagi bahaya dari hantu-hantu sebelum ini. Bingung Aya memikirkan cara untuk melepasi hantu-hantu itu. Hantu rempit! Siap dengan kepulan asap-asap dari motor.
‘Hah!’ tiba-tiba terlintas satu idea. Sebenarnya dah lama dia nak buat tapi memandangkan belum sempat, jadi sekaranglah waktunya. Sempat dia tersenyum.
Selendang putih di kepalanya dilonggarkan ke leher. Rambut yang panjang dikusutkan lalu dibiarkan mengerbang.  Minyak ‘wangi’ ciptaannya dicalit ke seluruh badan. Minyak ‘wangi’ hasil eksperimen dia dan Jaja anak Cikgu Johan, cikgu Sainsnya. Kononnya mereka ingin buat minyak wangi yang baunya unik dan hasilnya baunya amat luarbiasa.
 Hasil campuran bedak dan daun pandai yang dikisar halus, ditapis dan dicampur dengan beberapa cecair kemudian dilabelkan SHA. Asalnya bau yang dihasilkan amat wangi, namun beberapa hari kemudian bau wangi itu menghasilkan satu bau yang amat tengik sehingga Jaja muntah dan mereka sama-sama ketawa. Ada 2 botol. Satu dia punya dan satu lagi Jaja punya.
Aya mendekati 'hantu-hantu’ itu perlahan-lahan sambil menyanyi lagu cindai. Kebetulan pula lagu Siti Nurhaliza juara dan jadi bualan, kononnya lagu itu bermaksud Pontianak. Tak kisahlah, janji dia sampai rumah.
“Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu”

    Kemudian Aya mengilai kuat diselangi tangisan mendayu-dayu. Perlahan-lahan dia mendekati ‘hantu-hantu’ tersebut. Dia menyanyi lagi, diulangi tangisan dan hilaian lagi sambil tangannya diayun-ayunkan. Dia terdengar jeritan kuat dan deruman enjin yang motor yang kuat.
   Dia terus melangkah sambil ketawa kuat sehingga dia terasa angin keras menerpa rambutnya. Lagu cindai, teriakan dan tangisan mendayu-dayu seolah-olah bermain di telinganya. Dia terus menjerit kuat sehingga kelam pandangannya. Sempat terdengar dentuman kuat di hujung jalan sebelah sungai sebelum dia rebah ke bumi.
         “Aya…aya,bangun nak.” Dia kenal suara itu. Ayah!
         “Ayah…tadi Aya dengar..”
      “ Dah..tak ada apa-apa. Kan ayah dah pesan, jangan pergi mana-mana sampai ayah datang..Ayah minta maaf, tak sempat nak bagitahu Aya awal-awal. Ayah ingat sempat balik awal tadi…Pak Cik Leman dan cik Leha sebelah rumah minta tolong hantar… ” Aya terus menangis.
          “Jangan nangis. Tadi ayah kat sekolah, katanya kamu dah balik.  Puas ayh cari kamu. Lain kali jangan buat macam ni.” Aya mengangguk. Dia cuma ada ayah dan ayah ada Aya.
          “ Lagi satu..ni kenapa pakai macam ni. Bau apa ni?”
          “ Ayah…jangan tegur, tak elok.” Usiknya. Masih terngiang-ngiang lagi bunyi tadi.
        “Ayah…aya takut.” Ayah usap ubun Aya sambil baca ayat-ayat pelindung. Dibacakan ayat-ayat dari surah al-Baqarah dan ayat-ayat khas sehingga Aya kembali tenang dan tidur. Esoknya Aya demam terkejut.
          2 hari kemudian, Aya kembali semangat bersekolah. Kembali ceria, UPSR pun hampir tiba. Dia tidak ingin ketinggalan. Akan dibuktikan dia bukan sekadar anak Felda, tapi dia anak seorang ayah, anak Encik Mas’ud.
          “Aya, ada dengar cerita abang Zul, anak Pak cik suhaimi ?”
          “Abang zul mana? Kacak tak?”
         “Kacak tu memanglah…tapi kacak tu nombor dua. Sekarang ni Aya tahu tak nombor satunya apa?”
          “ Apa?”
      “ Hari tu dia accident, orang kata dia terserempak hantu..hantu tengik katanya?”
          “ Hantu tengik ? Jenama apa tu?”
          “ Aya ni…”
          “Yalah..bila?”
          “ Malam rabu hari tu. Orang kata balasan dia dengan geng dia lepak kat jalan tepi sungai kecil tu. Dekat dengan rumah Aya kan?”
          “ a’ah..de..kat.” timbul rasa bersalah. Aya ke sebabnya? Aya ke hantu tengik itu?
          “ teruk ke cederanya?”
          “agaklah..patah lengan kiri,muka parah. Dia dah tak ada dah..”
          “ ye ke?tak sempat nak minta maaf..”
          “ kenapa?”
          “eh..apa dia?..”
          “ Aya cakap apa tadi?”
          “ tak ada…tak sempat nak minta maaf sebab tak sempat nak berkenalan.” Sempat Aya melawak. Semoga Allah ampunkan dosa Aya. Rasa bersalah menghantui dirinya.

Beberapa tahun kemudian
          “Mana ayah ni…dah lah hujan ni. Kalau tahu tadi drive kereta sendiri.” Rungut Aya. Telefon di tangan digenggam. Nasib ada phone, dia member sms ringkas kepada ayahnya.
          ‘ayah…aya tunggu kat bus stop ni. Hujan ..’
          Jarang dia pulang ke Felda semenjak dia belajar di ibu kota. Lagi 2 tahun dia akan menjadi doktor. Sesuai dengan impiannya. Hari ini Jaja, sahabat baiknya, seorang guru muda sudah menjadi isteri orang. Tergambar sinar bahagia di wajah Jaja . Sempat Jaja mencuit dia mengusiknya. Itu belum tambah cerita Sara yang sudah beranak dua. Kisah  Miza yang kini menjadi jururawat di sebuat hospital swasta. Dan macam-macam lagi. Banyak betul perubahan. Hampir terpukau dia melihat perubahan tempatnya. Ada hotel lagi.Wah, dia bangga dia seorang anak felda.
          Hujan semakin lebat. Muncul seorang lelaki yang entah dari mana. Memerhatikan dia dengan suatu pandangan yang menakutkan. Di mukanya kelihatan jelas parut di sebelah pipi kirinya.Dengan janggut serta misai yang kelihatan serabai. Sambil matanya merah. Ayu menggigil dan jantungnya berdebar kuat. Terasa mahu pecah dalam dadanya.
          ‘apa aku nak buat ni…perompak ke dia ni?Penagih dadah kot sebab mata merah macam lepas gian je..ye ke?ke perogol? Ya Allah…tolong aku..’ ujarnya perlahan. Dia bangun menjauhi lelaki itu. Tapi hujan semakin lebat.
          “Cik!”
          “ Eh…abang Ajis.bila sampai..lama Aya tunggu” ujar aya lembut sambil tudungnya dipintal-pintal. Lakonan spontan.
          “ err…”
          “ Abang ajis ke abang Ekal??Eh abang Jul ye…kata nak beli aiskrim kat aya..Aya panas ni. Sampai hati abang Dol buat Aya macam ni..abang Dol jahat!!!” Jerit Aya. Lantaklah orang tengok pun. Lelaki ‘jahat’ itu diam. Lantaklah dia nak kata Aya gila pun. Biar dia takut.
          “ Abang nak tak minyak wangi ni….aya buat sendiri tau.Wangi.” Ya…aya bawa minyak wangi itu. Konon kenangan bersama Jaja. Sampai akhir Jaja tak nak minyak wangi itu.
          “Aya bagi abang ye…abang simpan tau. Nanti aya ambil balik.”  Aya mula menangis. Lelaki itu terus memandang Aya pelik . Semakin menjauhi.
          “Aya…” yes, ayah dah sampai. Aya senyum dan terus masuk ke dalam kereta dan melambai ke arah lelaki tersebut. Lambaian seorang ‘gila’. Gila kerana takut. Jaja ketawa terkekek-kekek mendengar ceritanya. Sedang Aya masih sebak dengan kesilapan lalunya yang telah meragut kehidupan seorang abang Zul.
          “Sudahlah…Aya, yang hidup perlu jalani hidupnya.Allah Maha Tahu. Kau pun tak sengaja kan?”
          Ya, betul. Yang hidup perlu diteruskan. Semoga Allah rahmati dia. Doa yang tidak pernah putus sepanjang hidupnya. Rasa bersalah yang tebal ibarat jalinan urat yang mengalirkan darah. Ya, seperti racun dalam hidupnya.
          “Suraya…jom dinner kat warung baru buka tepi jalan besar weyh. Aku dengar Wan Su kata sedap makan situ..view dia cantik. First class dia royak. ”
          “ aku tahulah aku kuat makan Idah…tak usah la perli aku mek oi..” Mek Kelate ni memang selalu buat aya tersenyum.
          “ Aku nak panggil mu Suraya..” saat pertama kali mereka berkenalan. Nama dia Aya Sofea. Kata ayah, aya nama panggilan ibunya, Suraya.
          “ Eh..dop eh…Wan Su kata sedap sungguh. Dapat makan siakap kukus asam limau tambah dengan air limau nipis d’anjung ada aiskrim…nyummy..sungguh ko mu tak kenan?Wan Su tunggu kat sana. ”
          “ Kau saja kan bikin aku kecur..ceh..yalah.jom!”
          Betul kata Idah, betul kata Wan Su. Warung ini sangat cantik. Menepati cita rasa Aya. Warungnya bersih, kemas dan masakannya enak. Alunan muzik yang mengusik jiwanya. Dia akan datang lagi ke sini.Pasti!
          fall in love ko?” Tanya Idah. Aya mengangguk.
          “ Kau !” Teriakan keras di meja mereka mengejutkan Aya. Mereka terkejut.
          “ Kau..kau..pergi! tinggalkan Aya kejap. Aku ada urusan penting dengan Aya…” arahnya pada Wan Su dan Idah.
          “Cepat! Sebelum aku…”
          “ apa ni encik…apa-apa hal boleh bincang elok-elok.Jangan buat onar tempat awam?”
          “Aku kata pergi cepat sebelum aku mengamuk satu kedai ni!” Wan su dan Idah berundur menjauhi. Ada beberapa mata yang memandang Cuma mungkin tidak berapa kedengaran kerana alunan muzik dan kedudukan mereka agak terpinggir.
          “ Aku nak pulangkan balik barang kau…”
          “ Barang apa ni encik??...”
          “ Kau bukak kotak tu sekarang.” Terketar-ketar Aya membuka kotak itu. Dia kenal barang itu. Minyak wangi SHA. Minyak wangi ajaib. Lantas dia memandang ke arah lelaki itu. Ya lelaki itu.
          “er…abang Dol?eh..abang Ajis..alamak abang apa eh?”
          “Banyaklah kau punya abang…” lelaki itu senyum. Kacak. Mungkin parut itu menjejaskan kekacakannya namun senyuman itu membunuh segala rasa takutnya.
          “ Kenal aku???” Aya mengangguk.
          “ Ok..duduk..” Aya terkedu seketika.
          “ Haish..budak ni, aku kata duduk, duduklah. Kenapa degil sangat?” Aya terus duduk.Sempat dia menjeling ke arah Wan Su dan Idah yang tidak berkelip memandangnya.
          “ Aku nak buat perhitungan dengan kau…”
          “ Eh..kenapa? tiba-tiba je….”
          “ esok tunggu aku kat sini.”
          “ ewah…kenapa pula?awak ni siapa?”
          “ tak kisahlah kau nak panggil abang ajis ke..abang Dol ke..yang penting esok kat sini pukul 9 pagi..kalau tak..”
          “ kalau tak???...”
          “ 0177220227…alamat rumah pengurus kilang felda..tenggaroh. Aya Sofea binti Haji Mas’ud..kolej 17 UPM…” Dan Aya terkedu.
          “ ok..ok.esok saya datang.”
          “ bagus…”
          “ Jangan lupa..”
          “Apa?”
          “ Jangan pakai perfume tengik tu…macam hantu tengik tu dulu” Dia ketawa. Aya hanya mencebik. Dia tahu perfume itu bau tengik. Hanya satu dalam dunia.Hantu tengik. Amboi sesuka hati dia bagi nama. Dia terus berlalu sambil ketawa tanpa henti.
          “ Sapa tu Suraya? Mula tadi bekeng..pahtu macam baik pulak.”
          “entah..orang gila mana.Hantu tengik dia panggil aku..”
          “ heh???” serentak Idah dan Wan Su menjawab.
          “ Bukan choral speaking la…tak payah nak heh sangat. Esok dia suruh jumpa kat sini pukul 9.”
          “Dia kenal kau..ke kau konon-konon tak kenal dia?” usik Wan Su.
          “ betullah..aku memang tak kenal dia..tapi aku tahu dia budak felda aku. Jumpa dia kat bus stop masa tunggu ayah aku dulu…eh..dahlah…”
          “Habiskan….” Tegas Idah
          “tak ada yang menarik pun…”
          “ teruskan kalau tak belanja aku makan chicken chop seminggu..” sambung Idah. Ok, Idah akan start ugutan membunuhnya.
          Dan “ basuh baju aku sebulan..” tambah Wan Su. Tepat seperti yang Aya jangka. Maka, terpaksalah Aya bercerita dari mula, sambil Idah dan Wan Su gelak terbahak-bahak.
          “Bengong la mu ni Suraya…tak seko ada saing gini.Hahaha..”
          “Oh mu..mek Klate. Mu nak rasa penyepit ketam special aku?” ugut Aya, cuba meniru dialek Idah.
          “tok seyh, aku nak tengok action orang gila…hahaha..”
          Malam itu, habis Aya dijadikan bahan ketawa. Aya hanya senyum. Memikirkan hal yang telah, sedang dan akan berlaku. Apa motif lelaki itu. Hantu tengik? Kenapa dia rasa pernah dengar ayat itu?
          Ah, biarkan esok. Sama-sama dia menunggu esok yang bakal tiba. Semoga dia masih ada. Semoga Allah mengizinkan dia untuk masih bernyawa.
         
          “Lambat 3 minit!” marah lelaki itu.
          “ ye ke? Jam saya tepat 9 pagi. Nah, tengok ni…”
          “ Ikut jam aku..”
          “ Apa-apa saja la..nak apa ni?”
          “ Nak berkenalan..”
          “ dah kenal kan?”
          “saya kenal awak…awak tak..”
          “ tak penting…”
          “ awak hutang saya…”
          “ berapa ribu? Bila? Kat mana?” cebik Aya sedikit mengejek. Ah, lelaki ini. Gila agaknya. Tiba-tiba datang minta hutang.
          “ Parut ni…”
          “ huh??? Tak faham..”
          “ Hantu Tengik…”
          “ Apa benda hantu tengik nih…rimaslah asyik sebut je. Nak ke?”
          “ Kali pertama takdir, kali kedua tak nak..”
          “ apa benda awak merepek ni?”
          “ Ingat abang Zul?” Aya senyap. Tak mungkin dia lupa, dia penyebab kematian Abang Zul.
          “ Awak kawan abang Zul ke?...” suaranya dikendurkan perlahan. Sedikit demi sedikit teringat kembali kejadian malam itu.
          “ Saya ada malam itu…”
          “ Aya minta maaf, sebab Aya bodoh..Aya tak sangka jadi macam tu..” Aya menangis. Sungguh dia rasa bersalah. Dua tiga kali dia pergi rumah abang Zul untuk minta maaf, tapi dia takut.
          “ Aya selalu pergi rumah family arwah..tapi Aya takut. Aya tak tahu nak cakap apa…Aya nak minta maaf sangat..”
          “ Aya..sorry..dah, jangan nangis..benda dah berlalu.. Aya tak sengaja kan? Allah dah takdirkan macam tu..”
          “ Parut ni sebab malam tu ke?...”
          “ Hmm..dah la..”
          “ Kesian abang…ajis, tak sedap la ajis..abang dol la.” Sambil memandang tepat ke arah parut lelaki itu.
          “ buat lawak pula…Aya ni pelik la...dah..tak payah nak tengok lama-lama.”
          “Mana ada Aya tengok abang..tengok parut je. Sakit ke?”
          “ dulu sampai sekarang masih terasa lagi…” Aya mula berubah wajah. Terasa bersalah.
          “ terasa lagi tengik tu…”
          “ huh?..”
          “ sebab minyak Aya tu…abang tahu siapa rupanya hantu tengik.” Lelaki itu gelak. Aya hanya senyum. Cuba untuk mengusir rasa bersalah tapi sukar. Seolah sebati dengan hidupnya.
          “ Sudahlah tu…”
          “ Susahlah abang..rasa bersalah tu macam..”
          “ nak buat apa nak hilangkan rasa bersalah Aya tu?”
          “ tak mungkin kot…but thanks sekurang-kurangnya abang dol ada..rasa lega sikit. Aya minta maaf..untuk malam tu, minyak tengik dan parut tu.”
          “ Kawan?”
          “ Susah ..Aya akan teringat arwah.”
          “ Aya…saya jatuh hati dengan Aya”
          “ Aya minta maaf. Thanks.” Aya terus bangun pergi. Wah, dramatik Aya ni. Lelaki itu hanya memandang. Kasihan melihat gadis itu dengan beban bersalah. Itulah, padanya kali terakhir dia memanggil lelaki yang juga mangsanya suatu ketika dahulu itu abang Dol. Ya, walau dia sekampung.
          “ Tahniah Dr. Suraya. Anda berhak dengan usaha anda…”
          “ Anak ayah memang hebat..alhamdulillah, you prove it my dear!”
          “ Tahniah Aya..” Eh, wait the minute, Aya memang tak tahu. Abang Ajis@ abang dol datang dengan ayah.Sibuk je.
          “ Eh…terima kasih. Sihat? ”
          “ Masih gila…aya? Tengik lagi?”
          “ Erk..jahat..dahlah..mana ada tengik.. Mahu berhari nak hilang bau tengik tu. Pekat betul bau dia. Sampai demam Aya…”
          “ Ye ke? Bukan sebab..kena tegur dengan….”
          “ uish…mulut! Ayah cerita eh?”
          “ mesti la…”
          “ amboi..rapat nya dengan ayah..tak kawan dengan aya..dapat ayah pun jadi ke?”
          “ eh..tak boleh ke? Nak baik-baik dengan bakal mertua?”
          “ perasan..” Walhal Aya dah malu. Mana nak simpan muka.
          “ abang…thanks ya.Sudi datang..”
          touching ke?”
          “ eleh..tak ada hadiah pun..”
          “ tak tahu nak bagi apa…Aya minta la.”
          “ boleh?...” Abang Dol mengangguk.
          “ Aya nak kenal abang boleh?” Abang Dol diam.
          “ Dol atau ajis?”
          “ haish…yang betul. Valid lagi tak friend request abang tu dulu?”
          “ tak..dah tutup.”
          “ jual mahal kan. Yalah orang dah tak sudi.
“Abang nak kahwin dengan Aya, boleh?” Ok, giliran aya terkedu. Memang buat seketika dia rasa sesuatu namun dipendamkan.
“ Aya…answer me?”
“ Abang nak kongsi beban bersalah Aya ke?”
“ kalau Aya sudi abang seribu kali sudi..”
“ Aya anak ayah..aya ada ayah je…”
“ Abang dah mintak izin..lepas Aya bagi minyak tengik tu..minyak pengasih ke minyak tu?” Aya menggigit bibir. Geram.

Sunday, October 20, 2013

ya, kau tuan

Assalamualaikum
Flashback balik time kerja di sbuah butik terkenal.
There was a couple of mom's and her daughter.
Diorang memang speaking abes la..
And that time aku yg kena serve this couple.
Ok..
Ye.customer is always right.
Aku pegang itu
Tapi hak itu pada aku lupus dengan sendirinya bila kau tak hormat pada pekerja yg serve kau
Dan
Selambanya kau tengking aku mcm tu
Mentang2 aku kerja mcm tu je
But
Hello auntie
I'm proud to say I'm a university student.
And most of us status cuti semester okeyh
So
Jgn proud sgt.
Tak ke mana pun dengan sikap auntie tu

Nokhtah
Sekian

P/s: aku nk cari bakal mr. Right yg pndai ckp bahasa arab..so nnti family ktorang speaking arab. Hehe

Saturday, September 14, 2013

'kaki retort penunu bunsen'

assalamualaikum...
sesuai dengan entry 'kakiretortpenunubunsen'

masa sekolah menengah ni...masa tingkatan 3
alkisah...
                                                                (flashback)
aku ada seorang kawan baik...kira keluarga aku dan keluarga dia sama kenal...
sekolah asrama sama-sama..suatu hari dia buat hal..biasalah, budak-budak..
yang aku ni..yang kononnya anak baik pun mengadulah pada mak aku..
(sila jangan tiru ye)
aduan itu seterusnya sampai ke pengetahuan ibubapanya dan akhirnya sampai ke warden...
geez, sampai sekarang aku menyesal...

apalagi...kena marah la kawan aku ni.
aku minta maaf sangat kat kawan aku tu...sebab aku sayang kat dia dan aku tak sangka benda kecil tu boleh jadi macam besar sebab aku..huhu
tapi...
ada seorang senior ni..punyalah perli aku...
masuk dorm kawan aku ni, dia siap cakap
' kaki retort!'
bila aku pandang,dia tambah lagi
'penunu bunsen..'
aku pikir..oh, dia tengah buat report eksperimen...

ada lagi seorang siap perli aku
'bodoh la kau ni, pergi mengadu buat apa?'
aku balas balik
'kalau aku bodoh..aku tak masuk kelas pandai..'
(siap berlagak gila,haha0

dia senyap...
dalam hati menyumpah agaknya..

itulah serba sedikit kisah asrama aku.
seyes, hostellifetime ni memang best sebenarnya
mengajar seribu pengalaman....
dan erti hidup sebenar
pada aku...
serious!

da..let's call it a day
aku nak siapkan order customer aku..
almaklumlah, bussinesswoman kan???
ni antara regular customer aku :)

cover RPH
daaaaaa...

Saturday, September 7, 2013

statusTerkini???

hah!baru nampak...lamanya menghilang ye.
opss
bismillahirrahmanirrahim
 okey..
soalan basic
1. macam mana sekolah?
2. dah dapat gaji belum?
3. dah daftar insurans belum ?
4. gaji nak beli apa?
5. dan paling best, bila nak kahwin?

owh..no komen.. (eh, macam retis pulak)
my school???
aku mengajar subjek matematik 4 kelas yang pelbagai ragam dan karenah..
yang tak dijangka atau lebih senang..luar jangkaan..
paling menarik bila sedang mengajar, kaum lain mengutuk kita menggunakan bahasa dia..
jadi
aku ambil keputusan untuk belajar bahasa lain tersebut..
student???
agak nakal..hyper active..macam2

gaji ?
rahsia...lalalala

insurans? 
belum..tapi jenuh dah dengar encik2 ejen ni buat offer...nanti saya daftar ye..
owh, siap ada yang khairat kematian sekali..

gaji nak beli apa?
nak 'beli' syurga... 

kahwin?
ehm...haiya,ini punya sialan manyak susah...saya kena tanya tuan punya badan..Dia saja yang tau maaa...
(oh...esok, majlis kak aisyah,tapi tak boleh pergi sebab kem sukan di sekolah...huhu,sedih)

 
''terbanglah tinggi sang layang-layang...jangan sampai talinya putus'
impian tinggi melangit biar berpaut padaa asas yang kukuh...

 

jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...