Ini sebuah cerita cinta.
kisah cinta antara 2 jiwa.
Kisah yang bermula dengan pertemuan antara 2 hati yang ditakdirkan ALLAH untuk bertemu.
Adawiyah (bukan nama sebenar) merupakan seorang graduan IPTA yang terkemuka di ibu kota tanah air. Suatu hari, Adawiyah ni nak pergi interview untuk satu company besar kat KL. Untuk menjimatkan masa, Adawiyah naik LRT, maklumlah jalan KL tak macam jalan kat tempat lain. Kalau lambat seminit dua, boleh jadi Adawiyah tak dapat pergi interview.
Dengan penuh tahap kesabaran dicampur dengan perasaan nervous nak pergi interview, Adawiyah hanya mampu diam dan zikir. Mak pesan, zikir banyak-banyak. Finally, sampai pun Adawiyah. Dengan langkah yakin dan dimulai ucapan bismillahirrahmanirrahim, dia melangkah keluar dari LRT itu. Senyuman mula diukir, fail di tangannya digenggam erat. Moga-moga ini jalan terbaik buatnya.
Ketika dia sedang mendaftarkan diri di kaunter, baru dia perasan sesuatu. Dia tercicir dompetnya.(macam drama kan, tetiba tercicir wallet, tapi ini betul, realiti, tak kan tak pernah kot tercicir barang kan??) Flashback balik, masa dia beli tiket, dia masukkan dompet dalam handbag, agaknya tak termasuk. atau tertinggal dalam LRT?
Mahu nangis Adawiyah masa tu. ALLAH saja yang tahu betapa kalutnya dia masa itu. Habis saja interview, Adawiyah terus keluar. Tanpa menoleh, dia terus melalui setiap liku-liku jalan yang dia dah lalui sepanjang perjalanan. Try cari dalam LRT,tapi satu keajaiban kalau dompet tu masih ada (nak kata betapa zaman sekarang ni payahnya nak cari sebuah kejujuran) Adawiyah masih teruskan usaha, dalam hatinya tak putus-putus doa, moga-moga ALLAH memelihara dompetnya,tak apa hilang wang, yang penting ICU dan kad-kad bank. Puas dia mencari, memang tak jumpa. So last step, p balai polis, buat aduan la. Dia telefon mak bagitahu pasal kehilangan tu. Then, mak dia kata balik rumah dulu. Nanti setel sama-sama.
Dah sampai rumah, mak suruh solat dulu. Bagi tenang perasaan tu. Memang betul, solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah ini mampu menenangkan jiwa. Benda sudah berlaku, tak boleh nak undur balik. Usai solat, Adawiyah siap-siap nak p balai polis buat laporan.
"nak p mana?" tanya mak dia
"err...awat mak tanya lagu tu, chek nak p buat laporan polis la, nk repot, cek hilang wallet, satgi orang ingat cek ni pendatang asing pulak, Pahtu nak p bank, nak block kad debit, mana tau, kalau orang nak buat jahat kat kita.." balas Adawiyah.
" tadi ada orang mai umah, hantar bungkusan kat hang. Kata dia, ada wallet hang dalam tu..."
"betui ka mak???" Adawiyah terkejut.
"awat mak tak bagitahu chek awal-awal..."
"tu hah ada atas meja tu.."
Adawiyah mengucap panjang syukur ke hadrat ALLAH, masih ada yang berhati jujur seperti hamba ALLAH itu. Kata mak dia lagi, pengirim bungkusan itu seorang lelaki. Adawiyah tak sangka orang yang jumpa wallet dia sanggup p rumah dia. Kata Adawiyah, kalau dia jumpa lelaki itu, mahu dia tawarkan diri jadi isteri, jadi bini no. 2,3 ke 4 pun tak apa...(aku tergelak kuat dengar ayat dia, ada pula mahu jadi madu orang lain).
Masalahnya sekarang ni, Adawiyah dah jatuh cinta kat lelaki itu tapi dia tak tahu macam mana nak cari lelaki tu. Kadang tu, dia dok tenung wallet . Jatuh cinta hanya kerana sebuah kejujuran. Pelik kan, tapi tak mustahil.
Suatu hari, dia teman mak dia p pasar. ALLAH Maha Besar, masa tu, ALLAH pertemukan kedua-duanya. Awalnya, dia tegur mak Adawiyah. Tanya khabar. Borak-borak sekejap dengan mak dia. Yang Adawiyah ni, pelik. 'Entah mamat mana mak aku tegur. Tak pernah kenal pun sebelum ini. ' Lama lepas tu, baru mak dia sebut pasal wallet tu, masa tu cemerlang bersinar mata Adawiyah. Sampai tak tekeluar ucapan terima kasih. Adawiyah kelu.
Baru dia tahu, pemuda itu peniaga ayam segar di pasar. Lepas itu, tiap-tiap hari dia p pasar, kadang-kadang saja tawarkan diri teman mak, kadang itu saja pergi cuci mata. Dalam 2 minggu juga dia 'berkunjung' ke pasar itu. Sampai dia dapat tawaran sambung Master kat luar negara. Masa itu dia rasa sedih, sebab nak berpisah dengan family dan satu lagi tak dapat tengok pujaan hati.
Masa family dia buat solat hajat dan kenduri kesyukuran untuk dia, mak dia jemput pemuda jujur tu. Mak dia, macam tahu-tahu je. aish..tapi ok gak kan. Pemuda jujur ni azan maghrib, merdu sungguh bila kalimah-kalimah agung itu keluar dari mulutnya. ALLAH, jatuh hati sungguh dia pada pemuda itu. Tapi perasaan malu mula mencari ruang dalam hatinya, entah-entah dia hanya bertepuk sebelah tangan.Dia mula muhasabah diri.
Lelaki jujur itu sempat berpesan padanya sebelum dia pulang, amalkan surah al-imran ayat 31. lepas solat fardhu. Sempat pula dia hadiahkan senyuman manis. Adawiyah ni pun satu, tak pernah dia nak tanya nama. Mak dia kata orang panggil pemuda itu Daud. Tak kan dia nak p pasar tanya "encik jujur, nama abang apa sebenarnya?" huih, malu sungguh. tapi betul ke nama dia Daud? Zaman moden ni masih ada lagi orang nama Daud ye...biasanya Adawiyah selalu dengar 2,3 perkataan nama. Hmmm
2 tahun juga, Adawiyah kat Australia. seronok menimba ilmu di tempat orang, menimba pengalaman yang luas. Kadang-kadang kita perlu merantau untuk mengkaji dan mendalami hidup ini. Dia pulang dengan satu nafas baru, satu aura yang kini semakin terserlah. Tinggal di tempat orang, yang adat dan budayanya jauh berbeza membuka mata Adawiyah. Dan dia kenal erti dan tujuan dia hidup di atas muka bumi ALLAH yang sebenarnya
Sayang nak meninggalkan negara itu, namun dia lebih merindui keluarga dan kampung halamannya.
Kepulangannya disambut meriah. Dia ternanti-nanti kelibat seseorang namun dia tidak muncul jua.Nak bertanya pada mak, dia malu. setiap hari dia p pasar, tapi tak nampak juga. Ditebalkan muka, tanya pada mak, ke mana dia.
Mak senyum saja, bagitahu awatnya, Adawiyah rindu kat dia ka? Merah muka Adawiyah. Kantoi.
Hujung bulan itu, datang satu rombongan meminang. Adawiyah gusar, dia sudah menyerahkan hati dia pada seseorang namun entah di mana dia. Mahu menolak pinangan lelaki itu, dia tidak sampai hati. Keluarganya baik. Mak dan abah dia seronok berbual dengan family lelaki itu. Haih, macam dah kenal lama. Adawiyah senyum je, dalam hati berdebar, seriau..semua pun ada.
tak lama lepas tu,
"Assalamualaikum..." Adawiyah berpaling ke arah suara itu, dah lama tak dengar suara itu. Pemuda jujur itu. Jantungnya berdegup kencang. Lagi kencang daripada biasa. Inikah cinta?
" Maaf lambat sikit tadi, kereta pancit tengah jalan..tumpang kereta Pak Cik Wud." ujarnya ramah.
"err...awak sihat?"
"Alhamdulillah...sihat. "
"dah tak jual kat pasar dah ke?"
"owh...dah kena buang kerja da.."
"ha??"
"Pak Cik Wud buka kedai besar kat tempat lain. So, dah tak jual kat situ dah...Jaga kedai kat sana. "
"owh...kedai mana?"
"kenapa? nak pergi melawat ke? " Wa...masa itu malu sungguh Adawiyah. Pemuda jujur hanya tergelak saja.
Beberapa bulan kemudian, majlis perkahwinan Adawiyah. Baru Adawiyah tahu Daud si pemuda jujur itu nama sebenarnya, Muhammad Fahri Redha dan Daud itu sebenarnya, pak cik Wud yang merupakan penternak ayam dan pengusaha daging segar. Dan selama ini, dia dengan selamba menjawab nama bakal suaminya Daud. Muhammad Fahri Redha, pemilik kedai ayam dan daging segar, lulusan marketing and accounting dari US.
p/s : congratulation to kak 'ada'..hehe .
"People wil forget what you said,
people will forget you did,
but people will never forget how you made them feel..."