Sunday, November 13, 2011

Cinta si Gadis gedik

Semua orang bercerita tentang Syed dan Amani. Dia dan Amani pantang bertemu, pasti ada yang akan dipertengkarkan waima hal sekecil zarah. Dia dengan sikapnya panas barannya, dan Amani tidak habis-habis dengan perangai ‘gediknya’. Dia dan Amani ibarat seperti kucing dan anjing, pantang bertemu ada saja halilintar berbunyi. Tapi permasalahannya siapa yang bersikap seperti ‘kucing’ siapa seperti ‘anjing’?

(Maaf, aku tak samakan anda berdua seperti kucing dan anjing, tapi pepatah Melayu mengatakan begitu. Cikgu Bahasa Melayu, sila betulkan.)

“Aku benci melihat tingkah si Amani gedik itu…Kalau si gedik itu, awal-awal lagi aku reject dari list bini aku…” kata dia suatu hari. Mulanya aku terkejut, tiba-tiba dia berkata begitu. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Oh, ada Amani di sana bersama kawan-kawannya. Kedengaran gelak ketawa Amani dan kawan-kawannya. Diselang-seli dengan suara lunak Amani yang padaku dan Syed seperti dibuat-buat.

“ Ah, engkau..suatu hari jadi bini kau baru kau tahu…”balasku.
“ Amboi, laser mulut engkau ye..aku sumbat dengan selipar ni baru kau tahu.”
relax…jangan marah. Dia okey apa. Manis, pandai bergaya, peramah, pandai pula tuh…” Saja aku memprovok. Walhal aku juga terjangkit dengan sikap dia. Kasihan Amani. Tapi, sikap gedik dia membuat aku meluat.

“ Huih, kalau perangai gedik macam tu, tak ada maknanya yang lain tu. Padanlah sampai sekarang dia tak ada pak we.” Memang betul, Amani ni serba-serbi cukup, tapi satu saja, dia tak ada boyfriend sampai sekarang. Tak silap aku, ada saja senior nak masuk list dia, sampai ada yang bertaruh (shh, rahsia kita-kita saja) tapi dengar cerita. Amani jual mahal. Betul ke? Entah. Tapi, yang itu aku pelik juga. Apa-apa lah Amani oi. Suatu hari, aku dan Zulhelmi merangkap Exco Akademik merancang satu program. Syed dilantik sebagai pengarah dan Amani sebagai setiausahanya. Mulanya, Zulhelmi membantah, kata dia risiko besar. Kataku, belum cuba belum tahu. Firasat aku benar, gediknya Amani menewaskan barannya dia. Sabarnya Amani menjadikan dia mula jatuh hati. Peramahnya Amani mencairkan hati besi dia.

Namun sekarang, masalahnya bukan hanya hati dia malah hati aku juga. Masalah itu semakin besar apabila Zulhelmi terlebih dahulu meluahkan perasaan kepada Amani. Dan kami ternganga besar. Mujur Amani bukan cepat melatah, dia hanya diam membisu tanpa bicara. Aku dan dia yang mengintip di balik pintu dewan, masing-masing mengharapkan jawapan sebaliknya daripada Amani. Ah, kalau mahu dibandingkan aku, dia dan Zulhelmi,maka kalahlah kami. Maklum saja, kami orang biasa. Zulhelmi pula anak emas kolej. Akhirnya,sepatah kata dari Amani merubah air muka kami. Senyuman mula terukir di bibir dia. Aku mula berbelah bagi, perlukah aku korbankan perasaan aku demi persahabatan aku dan dia. Perlukah aku mengundur diri? Dan kerana persahabatan itu, aku korbankan perasaan.

Dia mula berubah tingkah, Amani didekati. Namun selangkah dia mendekati, sedepa Amani menjauh pergi. Sikap Amani seperti dapat membaca perasaan dia. Tetapi dia tidak berputus asa, dia terus mencuba. Namun Amani tetap Amani, gadis gedik yang gelagatnya kadang mencuit hati, kadang menambah geram di hati. Ah, Amani itu. 5 tahun berlalu, kisah dia dan Amani hanya menjadi kenangan indah. Sekadar di pinggiran minda tatkala bayangan rindu mula menjengah. Di mana dia sekarang? Bahagiakah dia setelah Amani menolak cintanya? Marahkah dia kalau tahu kisah selepas itu? Kisah selepas itu, setelah dia dan mereka gagal mencuba, aku tergerak hati untuk mencuba. Entah kenapa, aku rasa sangat perlu untuk mencuba. SMS ringkas sahaja, namun ikhlas dari hatiku. Ternyata jawapan ringkas darinya membuatkan aku terkedu tidak terkata.

“aku kepunyaan orang tuaku, kalau kau mahu. Minta izin orang tuaku dahulu ” masih ada rupanya gadis seperti ini. Gadis gedik yang aku, dia dan mereka sangka gedik, pandai bergaya, peramah dan mesra, rupanya masih ada harga diri yang cukup tinggi. Dan aku tanpa membuang masa, peluang yang ada aku genggam erat. Amani yang gedik itu rupanya memiliki keperibadian yang cukup indah. Sabarnya dia tatkala musibah menimpa, manisnya senyuman dia memikat mata yang memandang. Amani baik hati dan pandai mengambil hati orang tuaku. Paling penting, dia pandai masak! Dan kini aku bahagia dengan cinta Amani. To dia, Syed dan Zulhelmi, sorry to say, cinta si gadis gedik bukan buat kamu. Kalau kamu baca kisahku ini, doakan kebahagiaan kami.

Thursday, October 20, 2011

the moment

Morning..
Assalamualaikum
wow,sangat lama tak menghadap blog. er..6 or 7 months???
bukan malas...


Who are we to judge another?? (for myself and my beloved friend)
This is an experience of a friend of mine. A good, nice and lovely friend. Cried to me and told her story.
In a day, there is a lot of thing happened. Memang, as a human, kita tak akan lari dari sifat prasangka, sifat hasad, dengki, and another sifat mazmumah. Because we are human, manusia. Manusia asalnya daripada perkataan na si (Arabic word,if I am not mistaken) means lupa.
but, we are human too, who are we too judge others? Are we malaikat yang sememangnya sentiasa mengingati Allah, memuji Allah, bertasbih di setiap saat? inikan pula nabi yang of course maksum..
do you ever think?
sometimes, you are not judge other but the way you talk about other judging yourself????
hey, realize! wake up man, we are nothing!
live with nothing and died with nothing except for the three things. (as you knows..perhaps)
and,
can you imagine that, the judgement you make to other came back to you?
Live is like a wheel, sometimes we are at the bottom, sometimes in another time we are at the high place..

Sense of accepting 
In a friendship, the most thing we have to appreciate is the bond itself. The bond that tied us will make us accepting other. Everyone have their weakness. Same goes to their 'advantage' and it is normal when people come to us hoping for some help. We should be grateful and proud because there something we can do for other. At least we are useful for other. But when you help others and one fine day, you talk about it. It is useless!
We have to accept each other, nothing wrong if we want to advise another. But the way you talk, the way you speak it up..it is valued.
In Islam, accepting is redha. Kan Allah dah pesan dalam nota cinta. Nanti I check balik..

Allah know the best to us. doa,usaha,ikthiar dan tawakkal. test malam ni.

there is a song to you. enjoy the lyric

Logika VS Prasangka Lyrics
sebaiknya kita berpikir dahulu
sebelum mengatakan
mendahulukan logika
menyampingkan prasangka

lebih baik aku berdiam dulu
memadamkan hati rasakan bisu
aku tak pernah lakukan semua
yang kau kira aku lakukan

kuharap kau bisa berpikir dahulu
sebelum memaksakan
yang ku tak pernah lakukan
seakan kenyataan untukmu
mulutmu seakan telah menikamku
menusuk rasa yang pernah ada dulu
sudah lupakan, kau bukan lagi
yang ku ingin untuk bersama
aku tak pernah lakukan semua
yang kau kira aku lakukan

lebih baik aku berdiam dulu


p/s : i love indie band...nmpak live and they are talented. Some of friend said I am a pengkritik...erk,it is true??tepuk dada tanya hati..
by the way,last 'don't judge a book by it's cover' 
nampak berhabuk tapi dalam penuh ilmu
tebal tapi mungkin meaningless
cover page buruk tapi dalamnya penuh permata
y not this time, open the book and experience it.
you gonna like it..
baca dengan hati,
barulah masuk telinga kanan terus masuk ke saraf otak.
bye bye..

santapan mata














bona fide, with love..

Friday, March 11, 2011

hanya kerna jujurnya dia

Ini sebuah cerita cinta.
kisah cinta antara 2 jiwa.
Kisah yang bermula dengan pertemuan antara 2 hati yang ditakdirkan ALLAH untuk bertemu. 
Adawiyah (bukan nama sebenar) merupakan seorang graduan IPTA yang terkemuka di ibu kota tanah air. Suatu hari, Adawiyah ni nak pergi interview untuk satu company besar kat KL. Untuk menjimatkan masa, Adawiyah naik LRT, maklumlah jalan KL tak macam jalan kat tempat lain. Kalau lambat seminit dua, boleh jadi Adawiyah tak dapat pergi interview

Dengan penuh tahap kesabaran dicampur dengan perasaan nervous nak pergi interview, Adawiyah hanya mampu diam dan zikir. Mak pesan, zikir banyak-banyak. Finally, sampai pun Adawiyah. Dengan langkah yakin dan dimulai ucapan bismillahirrahmanirrahim, dia melangkah keluar dari LRT itu. Senyuman mula diukir, fail di tangannya digenggam erat. Moga-moga ini jalan terbaik buatnya. 

Ketika dia sedang mendaftarkan diri di kaunter, baru dia perasan sesuatu. Dia tercicir dompetnya.(macam drama kan, tetiba tercicir wallet, tapi ini betul, realiti, tak kan tak pernah kot tercicir barang kan??) Flashback balik, masa dia beli tiket, dia masukkan dompet dalam handbag, agaknya tak termasuk. atau tertinggal dalam LRT? 

Mahu nangis Adawiyah masa tu. ALLAH saja yang tahu betapa kalutnya dia masa itu. Habis saja interview, Adawiyah terus keluar. Tanpa menoleh, dia terus melalui setiap liku-liku jalan yang dia dah lalui sepanjang perjalanan. Try cari dalam LRT,tapi satu keajaiban kalau dompet tu masih ada (nak kata betapa zaman sekarang ni payahnya nak cari sebuah kejujuran) Adawiyah masih teruskan usaha, dalam hatinya tak putus-putus doa, moga-moga ALLAH memelihara dompetnya,tak apa hilang wang, yang penting ICU dan kad-kad bank. Puas dia mencari, memang tak jumpa. So last step, p balai polis, buat aduan la. Dia telefon mak bagitahu pasal kehilangan tu. Then, mak dia kata balik rumah dulu. Nanti setel sama-sama.
Dah sampai rumah, mak suruh solat dulu. Bagi tenang perasaan tu. Memang betul, solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah ini mampu menenangkan jiwa. Benda sudah berlaku, tak boleh nak undur balik. Usai solat, Adawiyah siap-siap nak p balai polis buat laporan. 
"nak p mana?" tanya mak dia
"err...awat mak tanya lagu tu, chek nak p buat laporan polis la, nk repot, cek hilang wallet, satgi orang ingat cek ni pendatang asing pulak, Pahtu nak p bank, nak block kad debit, mana tau, kalau orang nak buat jahat kat kita.." balas Adawiyah. 
" tadi ada orang mai umah, hantar bungkusan kat hang. Kata dia, ada wallet hang dalam tu..."
"betui ka mak???" Adawiyah terkejut.
"awat mak tak bagitahu chek awal-awal...
"tu hah ada atas meja tu.."

Adawiyah mengucap panjang syukur ke hadrat ALLAH, masih ada yang berhati jujur seperti hamba ALLAH itu. Kata mak dia lagi, pengirim bungkusan itu seorang lelaki. Adawiyah tak sangka orang yang jumpa wallet dia sanggup p rumah dia. Kata Adawiyah, kalau dia jumpa lelaki itu, mahu dia tawarkan diri jadi isteri, jadi bini no. 2,3 ke 4 pun tak apa...(aku tergelak kuat dengar ayat dia, ada pula mahu jadi madu orang lain).

Masalahnya sekarang ni, Adawiyah dah jatuh cinta kat lelaki itu tapi dia tak tahu macam mana nak cari lelaki tu. Kadang tu, dia dok tenung wallet . Jatuh cinta hanya kerana sebuah kejujuran. Pelik kan, tapi tak mustahil.

Suatu hari, dia teman mak dia p pasar. ALLAH Maha Besar, masa tu, ALLAH pertemukan kedua-duanya. Awalnya, dia tegur mak Adawiyah. Tanya khabar. Borak-borak sekejap dengan mak dia. Yang Adawiyah ni, pelik. 'Entah mamat mana mak aku tegur. Tak pernah kenal pun sebelum ini. ' Lama lepas tu, baru mak dia sebut pasal wallet tu, masa tu cemerlang bersinar mata Adawiyah. Sampai tak tekeluar ucapan terima kasih. Adawiyah kelu.

Baru dia tahu, pemuda itu peniaga ayam segar di pasar. Lepas itu, tiap-tiap hari dia p pasar, kadang-kadang saja tawarkan diri teman mak, kadang itu saja pergi cuci mata. Dalam 2 minggu juga dia 'berkunjung' ke pasar itu. Sampai dia dapat tawaran sambung Master kat luar negara. Masa itu dia rasa sedih, sebab nak berpisah dengan family dan satu lagi tak dapat tengok pujaan hati.

Masa family dia buat solat hajat dan kenduri kesyukuran untuk dia, mak dia jemput pemuda jujur tu. Mak dia, macam tahu-tahu je. aish..tapi ok gak kan. Pemuda jujur ni azan maghrib, merdu sungguh bila kalimah-kalimah agung itu keluar dari mulutnya. ALLAH, jatuh hati sungguh dia pada pemuda itu. Tapi perasaan malu mula mencari ruang dalam hatinya, entah-entah dia hanya bertepuk sebelah tangan.Dia mula muhasabah diri.

Lelaki jujur itu sempat berpesan padanya sebelum dia pulang, amalkan surah al-imran ayat 31. lepas solat fardhu. Sempat pula dia hadiahkan senyuman manis. Adawiyah ni pun satu, tak pernah dia nak tanya nama. Mak dia kata orang panggil pemuda itu Daud. Tak kan dia nak p pasar tanya "encik jujur, nama abang apa sebenarnya?" huih, malu sungguh. tapi betul ke nama dia Daud? Zaman moden ni masih ada lagi orang nama Daud ye...biasanya Adawiyah selalu dengar 2,3 perkataan nama. Hmmm

 

2 tahun juga, Adawiyah kat Australia. seronok menimba ilmu di tempat orang, menimba pengalaman yang luas. Kadang-kadang kita perlu merantau untuk mengkaji dan mendalami hidup ini. Dia pulang dengan satu nafas baru, satu aura yang kini semakin terserlah. Tinggal di tempat orang, yang adat dan budayanya jauh berbeza membuka mata Adawiyah. Dan dia kenal erti dan tujuan dia hidup di atas muka bumi ALLAH yang sebenarnya

Sayang nak meninggalkan negara itu, namun dia lebih merindui keluarga dan kampung halamannya.
Kepulangannya disambut meriah. Dia ternanti-nanti kelibat seseorang namun dia tidak muncul jua.Nak bertanya pada mak, dia malu. setiap hari dia p pasar, tapi tak nampak juga. Ditebalkan muka, tanya pada mak, ke mana dia.

Mak senyum saja, bagitahu awatnya, Adawiyah rindu kat dia ka? Merah muka Adawiyah. Kantoi.

Hujung bulan itu, datang satu rombongan meminang. Adawiyah gusar, dia sudah menyerahkan hati dia pada seseorang namun entah di mana dia. Mahu menolak pinangan lelaki itu, dia tidak sampai hati. Keluarganya baik. Mak dan abah dia seronok berbual dengan family lelaki itu. Haih, macam dah kenal lama. Adawiyah senyum je, dalam hati berdebar, seriau..semua pun ada.

tak lama lepas tu,
"Assalamualaikum..." Adawiyah berpaling ke arah suara itu, dah lama tak dengar suara itu. Pemuda jujur itu. Jantungnya berdegup kencang. Lagi kencang daripada biasa. Inikah cinta?
" Maaf lambat sikit tadi, kereta pancit tengah jalan..tumpang kereta Pak Cik Wud." ujarnya ramah.

"err...awak sihat?"
"Alhamdulillah...sihat. "
"dah tak jual kat pasar dah ke?"
"owh...dah kena buang kerja da.."
"ha??"
"Pak Cik Wud buka kedai besar kat tempat lain. So, dah tak jual kat situ dah...Jaga kedai kat sana. "
"owh...kedai mana?"
"kenapa? nak pergi melawat ke? " Wa...masa itu malu sungguh Adawiyah. Pemuda jujur hanya tergelak saja.

Beberapa bulan kemudian, majlis perkahwinan Adawiyah. Baru Adawiyah tahu Daud si pemuda jujur itu nama sebenarnya, Muhammad Fahri Redha dan Daud itu sebenarnya, pak cik Wud yang merupakan penternak ayam dan pengusaha daging segar. Dan selama ini, dia dengan selamba menjawab nama bakal suaminya Daud. Muhammad Fahri Redha, pemilik kedai ayam dan daging segar, lulusan marketing and accounting dari US.



p/s : congratulation to kak 'ada'..hehe .
"People wil forget what you said,
people will forget you did,
but people will never forget how you made them feel..."



Tuesday, February 22, 2011

otak male or female?????

 I found this time jalan-jalan kat alam maya, merempit sana sini jap, and finally...something that make me screaming...

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






















OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."



dan  ak dah cuba beberapa kali pada awalnya...i still get 3
errr,krisis identiti kah aku???
fortunately,
i've tried again..
then, 
i found...
I'm still a girl..haha

Saturday, February 19, 2011


Our Memories...together Slideshow: Cikgu’s trip to Malaysia was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.


this video I've found when I'm doing my  research on my final year project...
just try it out and enjoy it..
BSDP fizik 2008-2012
Universiti Putra Malaysia

oh ya..
you can make it yourself ..check this out
tripWow



Monday, February 7, 2011

jiwajiwang



kala malam tiba,
panahan rindu mula menggamit perasaanku
bayangan wajahmu seakan menemani lelap mataku
merdu suaramu bagai melodi  di sukma hatiku
masih ingatkah dikau puisi cinta yang kau dendangkan buatku
'kau irama aku lagunya..
manakan mungkin terpisah antara kita'

indahnya saat itu,
memori indah bersamamu
bagai menari-nari kenangan itu
ayat-ayat cinta yang lahir dari bibirmu
membuat aku kelu lidah tak terkata
namun cintamu tidak sedalam cintaku

apakan daya
takdir kita tidak sehaluan
kau utara dan aku selatan
andai kau timur akulah baratnya
mahukah irama berbunyi tanpa lagunya?
atau sekadar petikan piano sang yiruma berkumandang
mengalir mengikut arus sepi
sunyi tanpa kata

mungkinkah kita bersua kembali
tanpa kau iramaku, laguku pincang..
kerana kau iramaku
dan aku lagumu


yiruma

Saturday, January 22, 2011

inelastic in life..hehe

assalamualaikum..
actually kartun ni aku create untuk presentation technology pendidikan last sem..
just enjoy it!
Konsep perlanggaran tak kenyal  dalam kehidupan manusia
review sikit...
perlanggaran tak kenyal berlaku apabila 2 jasad yang berbeza pada awalnya, apabila berlaku perlanggaran antara kedua-duanya, kedua-dua jasad itu akan bercantum dan bergerak bersama-sama.
 ingat tak dulu masa kita form 4, ada tajuk momentum linear bawah daya dan gerakan?
Lalala...dulu kita last batch yang belajar dalam bahasa melayu (2005)

ok..
just go through to the point.
konsep perlanggaran tak kenyal yang kita apply dalam kehidupan kita..
sebagai contoh:
2 jasad yang berbeza..2 hati yang berbeza di antara 2 jantina yang berbeza.
Let's say nama sang jejaka Roy dan si cantik manis Lily..
Pertemuan pertama membuahkan rasa cinta antara keduanya..

Next...
bila dah mula kenal, dah start berkawan...mula bercinta, berkasih sayang...

lastly...ke mana-mana pun mereka berdua..macam belangkas. Di mana ada Roy di situ ada Lily..
hehe.
ha..
inilah dia konsep perlanggaran tak kenyal atau in english word, inelastic.
rumus yang kita guna untuk konsep ini

m1u1 + m2u2 = (m1+m2)v

enjoy fizik:

physicClassroom



“Before you speak, listen.
Before you write, think.
Before you spend, earn.
Before you invest, investigate.
Before you criticize, wait.
Before you pray, forgive.
Before you quit, try.
Before you retire, save.
Before you die, give.”


“Greatness is not found in possessions, power, position, or prestige. It is discovered in goodness, humility, service, and character.”

To Roy and Lily, semoga bahagia ke anak cucu.

Sunday, January 16, 2011

kalau saya senyum awak mesti senyum sekali...

assalamualaikum...
have you heard a song senyum by najwa feat malique???



kalau kau senyum, aku mesti senyum juga.bukan sekali tapi berulang kali,
sampai terbawa dalam mimpi.
hoho..bahayanya senyuman kau.buat aku terbayang-bayang..salah kau tahu.
kau tahu apa? kau dah senyum, lepas tu kau tinggalkan effect kat mind aku..
pergh, kalau senyum tak menawan tak apa, ni cair hati yang memandang...
ok..salah aku.aku yang perasan..
ops, tiada kaitan antara hidup dan mati..

kadang-kadang senyuman boleh bagi effect yang berbeza..especially different gender, ha...
lagi-lagi orang type macam aku, cepat sangat perasan..
eh, tak adelah, kalau you all senyum, i senyum balik,ok?
kita change senyuman ye??boleh???
i janji i tak akan perasan ok?



just to share..
reason to smile..
1. senyuman buat orang senang hati
serious, cuba kau jalan-jalan, then senyum kat orang yang lalu lalang. Mesti orang tu balas balik senyuman. dalam hati diorang kata 'apekehal budak ni senyum kat aku...is there something wrong with me?' pastu kau gelak kuat-kuat. confirm orang kata kau gila.

2. senyum boleh ubah atmosfera..
ni tak tipu..agak-agak kau tengah bengang atau marah pada sesiapa kan, tarik nafas slowly..pastu kau senyum. lagi satu kalau singa orang tengah marah kat kau, kau senyum je...sejuk hati dia. even muka dia macam nak makan kau pun, bila kau senyum...dia mesti sejuk punya. paling-paling pun dia cover line konon-konon marah kenapa kau senyum..haha. tapi nak buat yang ni kena ada taktik tau.

3.  hilangkan stress..
 biarlah orang nak kata kau gila pun..kau senyum je.

4. senyum boleh berjangkit...
kau ingat penyakit je ke boleh berjangkit. senyum pun sejenis penyakit juga tapi belum diklasifikasikan atau didaftarkan secara rasminya, sebab penyakit senyum ini tak ada penawarnya.

5. daya tahan badan tinggi
 masa kita senyum, kita akan rasa relax...serious, cool sangat macam duduk dalam ais tiub. senyum boleh cegah selsema dan batuk tau...

6. senyum tu kan awet muda.
 yang ni aku suka. pasal apa tahu, kalau aku pergi mana-mana orang akan tanya aku sekolah tingkatan berapa.
orang itu : dik...tumpang tanya sikit bleh?
aku : eh, no problem, tanyalah banyak-banyak pun.. (dalam hati bangga, orang panggil aku adik)
orang itu : sekolah lagi ke?
aku : ececeh. malulah nak kabaq mai..cek ni dah umo dua puloh dah..awat, muka nampak muda ke? (sambil tutup mulut konon malu)
dah tergedik-gedik aku kat situ..sambil bagi senyuman paling menawan kat orang itu..haha

7. senyum buat kita thinking positive..
cuba nih..
kau senyum, then..cuba kau fikir something negatif, example, seseorang yang memang kau marah or benci sangat. dengan syarat, don't ever lose your smile from your face.
It's too hard, aku dah cuba...

8. rendahkan tekanan darah
to person yang memang tekanan darah tinggi, banyakkan senyum ok? lagi-lagi bila tengah geram, ok..sit down for a while, take a deep breathe..then smile.
automatically, your blood pressure reduce...hehe

9. senyum buat orang tu kelihatan berjaya.
when we smile, we gain our confident..kita akan lebih yakin pada diri kita. dan orang yang tengok muka kau senyum pun rasa yakin dengan kau. senang  cerita, senyum ni macam promosi..
cuba kau imagine that kau masuk kedai, then jurujual dia muka macam cuka kat dalam botol yang dah 4 tahun tak buka..dah expired dah pun. nak ke kau beli barang dia???
kalau aku, time tu gak aku tanya, ' kak, penat ye?' hehe...sindiran berkias

10. bebaskan Endorphins, Natural Pain Killers dan Serotonin
 gabungan 3 benda alah ni memang perfect. kau dah tak payah nak beli dadah kat luar sana. ini dadah baik punya. tak bazir duit, tak payah nak import, export..sure lentok punya.

sebab tu lah senyuman kau (yang tak bernama) buat aku ketagih...please, senyum sekali lagi..boleh?
please, my price charming...

oh no...i'm blushing...

another one fact

"It's really difficult to smile naturally. 
When people are in a situation they want to smile, 
the brain's frontal lobe, the area connected to the heart, sends the command to the face, miraculously controlling about 50 muscles, to create a natural smile. 
On the other hand, if you consciously try to smile, the order 'LAUGH!!!' is given out by the motor system. But the muscles cannot be controlled by force, so when you do it your smile will be very stiff, right?
So to have a naturally cute smile, there's only one way. Smile unconsciously." 

ohho...tengah type ni pun, aku tengah senyum..ok mood aku smile.


Friday, January 14, 2011

logic but irrational~

assalamualaikum..
jom belajar Logic
it's quite interesting but sound stupid..it's true, real things..

let's check out this!

SOALAN SPM 200?
jika Zaki (bukan nama sebenar) adalah seorang peguam, maka ibunya adalah Sarah (juga bukan nama sebenar).
jika ibu Zaki bukan Sarah, maka...

so, how to solve this problem???
by following the logic,

 if A then B,
 if ~A,then ~B..
(notes : ~ = not)
so, through this concept we got the answer, Zaki bukan seorang peguam..
somehow, there are a few student answer
Zaki adalah anak luar nikah Sarah, tak pun anak angkat Sarah.



magic mathematics
1. pilih 3 angka rahsia (dlm sebutan ratus)
2. jumlahkan 3 angka tersebut
3. angka ratus dalam step 1 tolak dengan jumlah hasil tambah dlm step 2
4. angka baru dalam step 3 adalah dlm sebutan ratus juga ( ada 3 angka)
5. pilih dan buang mana-mana 1 daripada 3 nombor dlm step 4 (pun jangan bagitahu orang len)
6. jumlahkn 2 nombor yang tinggal
7. nombor yang dibuang adalah hasil tolak nombor sembilan dengan hasil tambah dalam step 6 
(jika hasil tambah dlm step 6 adalah <= 9, tapi kalau hasil tambah itu  >9, maka, nombor yang dibuang adalah 18 tolak dengan hasil tambah itu)
try it! u will be a great maths bomoh..haha
i try it for many people but until now i didn't reveal how can I predict what's the number that they have throw. they though I'm reading their minds..haha
or, perhaps I should say..LOOK INTO MY EYES...



there one more thing...
A adalah anak kepada B, tapi B bukan ayah A, dah buat DNA pun tak sama juga, darah A darah AB, darah B darah B...tapi A tetap mengaku dia ni anak si B, B geleng kepala sambil kata dia bukan ayah A. macam mana ni???



ke A ni anak tiri B, sebab tu si B ni tak nak ngaku si A anak dia...
ntah-ntah si A ni anak pungut tak???

some word to share :
'the mediocre teacher tells,
the good teacher explains,
the superior teacher demonstrates,
the great teacher inspires'

 William Arthur Ward






jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...