Semua orang bercerita tentang Syed dan Amani. Dia dan Amani pantang bertemu, pasti ada yang akan dipertengkarkan waima hal sekecil zarah. Dia dengan sikapnya panas barannya, dan Amani tidak habis-habis dengan perangai ‘gediknya’. Dia dan Amani ibarat seperti kucing dan anjing, pantang bertemu ada saja halilintar berbunyi. Tapi permasalahannya siapa yang bersikap seperti ‘kucing’ siapa seperti ‘anjing’?
(Maaf, aku tak samakan anda berdua seperti kucing dan anjing, tapi pepatah Melayu mengatakan begitu. Cikgu Bahasa Melayu, sila betulkan.)
“Aku benci melihat tingkah si Amani gedik itu…Kalau si gedik itu, awal-awal lagi aku reject dari list bini aku…” kata dia suatu hari. Mulanya aku terkejut, tiba-tiba dia berkata begitu. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Oh, ada Amani di sana bersama kawan-kawannya. Kedengaran gelak ketawa Amani dan kawan-kawannya. Diselang-seli dengan suara lunak Amani yang padaku dan Syed seperti dibuat-buat.
“ Ah, engkau..suatu hari jadi bini kau baru kau tahu…”balasku.
“ Amboi, laser mulut engkau ye..aku sumbat dengan selipar ni baru kau tahu.”
“ relax…jangan marah. Dia okey apa. Manis, pandai bergaya, peramah, pandai pula tuh…” Saja aku memprovok. Walhal aku juga terjangkit dengan sikap dia. Kasihan Amani. Tapi, sikap gedik dia membuat aku meluat.
“ Huih, kalau perangai gedik macam tu, tak ada maknanya yang lain tu. Padanlah sampai sekarang dia tak ada pak we.” Memang betul, Amani ni serba-serbi cukup, tapi satu saja, dia tak ada boyfriend sampai sekarang. Tak silap aku, ada saja senior nak masuk list dia, sampai ada yang bertaruh (shh, rahsia kita-kita saja) tapi dengar cerita. Amani jual mahal. Betul ke? Entah. Tapi, yang itu aku pelik juga. Apa-apa lah Amani oi. Suatu hari, aku dan Zulhelmi merangkap Exco Akademik merancang satu program. Syed dilantik sebagai pengarah dan Amani sebagai setiausahanya. Mulanya, Zulhelmi membantah, kata dia risiko besar. Kataku, belum cuba belum tahu. Firasat aku benar, gediknya Amani menewaskan barannya dia. Sabarnya Amani menjadikan dia mula jatuh hati. Peramahnya Amani mencairkan hati besi dia.
Namun sekarang, masalahnya bukan hanya hati dia malah hati aku juga. Masalah itu semakin besar apabila Zulhelmi terlebih dahulu meluahkan perasaan kepada Amani. Dan kami ternganga besar. Mujur Amani bukan cepat melatah, dia hanya diam membisu tanpa bicara. Aku dan dia yang mengintip di balik pintu dewan, masing-masing mengharapkan jawapan sebaliknya daripada Amani. Ah, kalau mahu dibandingkan aku, dia dan Zulhelmi,maka kalahlah kami. Maklum saja, kami orang biasa. Zulhelmi pula anak emas kolej. Akhirnya,sepatah kata dari Amani merubah air muka kami. Senyuman mula terukir di bibir dia. Aku mula berbelah bagi, perlukah aku korbankan perasaan aku demi persahabatan aku dan dia. Perlukah aku mengundur diri? Dan kerana persahabatan itu, aku korbankan perasaan.
Dia mula berubah tingkah, Amani didekati. Namun selangkah dia mendekati, sedepa Amani menjauh pergi. Sikap Amani seperti dapat membaca perasaan dia. Tetapi dia tidak berputus asa, dia terus mencuba. Namun Amani tetap Amani, gadis gedik yang gelagatnya kadang mencuit hati, kadang menambah geram di hati. Ah, Amani itu. 5 tahun berlalu, kisah dia dan Amani hanya menjadi kenangan indah. Sekadar di pinggiran minda tatkala bayangan rindu mula menjengah. Di mana dia sekarang? Bahagiakah dia setelah Amani menolak cintanya? Marahkah dia kalau tahu kisah selepas itu? Kisah selepas itu, setelah dia dan mereka gagal mencuba, aku tergerak hati untuk mencuba. Entah kenapa, aku rasa sangat perlu untuk mencuba. SMS ringkas sahaja, namun ikhlas dari hatiku. Ternyata jawapan ringkas darinya membuatkan aku terkedu tidak terkata.
“aku kepunyaan orang tuaku, kalau kau mahu. Minta izin orang tuaku dahulu ” masih ada rupanya gadis seperti ini. Gadis gedik yang aku, dia dan mereka sangka gedik, pandai bergaya, peramah dan mesra, rupanya masih ada harga diri yang cukup tinggi. Dan aku tanpa membuang masa, peluang yang ada aku genggam erat. Amani yang gedik itu rupanya memiliki keperibadian yang cukup indah. Sabarnya dia tatkala musibah menimpa, manisnya senyuman dia memikat mata yang memandang. Amani baik hati dan pandai mengambil hati orang tuaku. Paling penting, dia pandai masak! Dan kini aku bahagia dengan cinta Amani. To dia, Syed dan Zulhelmi, sorry to say, cinta si gadis gedik bukan buat kamu. Kalau kamu baca kisahku ini, doakan kebahagiaan kami.
No comments:
Post a Comment