assalamualaikum :)
eh..esok cuti kan???tapi...still esok kena pergi sekolah, ada meeting lagi. Last meeting untuk tahun 2013...
dan lusa start sekolah :)
tahun ni pegang kelas hujung...
masa daftar pelajar...aku perhati sikap adik-adik yang bakal aku pegang..
yang bakal aku pelihara
tak salah pasang azam macam ini..tapi kesabaran tinggi perlu.dan lagi ada pelajar yang memang tak faham bahasa Melayu.
oh ya..tahun ni dapat subjek Sains..
'dapat jadual je, terus mikir cmne nak buat budak-budak ni minat subjek ni..'
so..nampaknya pelan strategik peribadi kena upgrade la ye..
kena tulis elok2..
tengah siapkan planner 2014 (ambil dari website cikgu luar negara, serious..dia memang kreatif)
dalam dia macam planner jual kat kedai. asalnya nak beli je..
tapi tak puas hati pula..
so, buat my own journal..
tinggal nak binding and tambah aksesori sikit
insha-Allah bakal di update..
sekali dengan jadual JMJ 2014
misi Gaza 2014
misi tour2014
hehe
...
esok mungkin????
daa..
Monday, December 30, 2013
Saturday, December 28, 2013
Minyak wangi Ajaib (separuh jalan)
“Mana ayah ni….dah nak pukul 11 ni. “ Rungut Aya. Sikit
sahaja lagi air matanya mahu tumpah kalau tidak mengenangkan Pak Cik Mahmud ,
pengawal keselamatan sekolah (biasanya dia panggil Pak Cik Mahmud Jaga).
“Ayah kamu mana?” Aya gelengkan kepala. Agak ketakutan.
“ Dah lewat ni. Biasanya ayah kamu datang awal.”
“
Tak tahulah pak cik. Tak apalah..saya jalan pergi kedai Ali depan tu. Nak
telefon rumah.” Terasa menyesal pula bila dia menolak pelawaan ayah Sara yang
mahu tumpangkan dia pulang. Rumah Sara bukannya dekat dengan rumahnya.
“ Hah…yalah. Hati-hati jalan tu.” Nasihatnya. Aya hanya
senyum. Cuba untuk hilangkan rasa takut dn risau. Risau bila ayahnya tak
muncul.
Nombor rumah didial berkali-kali. Sunyi. Tak ada orang
angkat. Saat itu air mata Aya terus mengalir laju. Ayah mana? Tanpa berfikir
panjang, dia terus melangkah keluar. Laju. Mahu cepat sampai di rumah.
Bukan
dia tidak biasa balik rumah jalan kaki
tapi dia tidak pernah pulang sendiri. Malam pula. Masa itu, mulalah terbayang
cerita Hantu Galah yang sibuk dibualkan oleh geng Miza, kelas sebelah.
Dikuatkan juga hati.
‘ah.ikut
jalan shortcut. Cepat sikit sampai’ bisik Aya. Tiba-tiba kedengaran
bunyi anjing menyalak. Eh, kata Tok Mak, anjing menyalak malam-malam sebab
Nampak benda. Wargh…makin kuat langkah Aya. Eh, makin kuat pula anjing itu
menyalak. Aya terus berlari sambil mulutnya terkumat-kamit baca doa pendinding.
Baca surah 3 Qul, ayat kursi sambil laung azan kuat-kuat.
“Alhamdulillah”
ujar Aya bila suara anjing menyalak itu semakin sayup dan terus hilang. Kakinya
terus melangkah. Hatinya sedikit tenang, sambil teringatkan ayah.
‘Allah…tak
ada tempat lain ke dia orang nak lepak.’ Rungut Aya. Nak patah balik dah
separuh jalan. Nak terkencing pula ni.Padahal sikit lagi nak sampai rumah. Mahu
saja dia menjerit marah-marah.
Dia
terus bersembunyi di belakang pokok di tepi jalan. ‘Hantu-hantu’ ni lagi bahaya
dari hantu-hantu sebelum ini. Bingung Aya memikirkan cara untuk melepasi
hantu-hantu itu. Hantu rempit! Siap dengan kepulan asap-asap dari motor.
‘Hah!’
tiba-tiba terlintas satu idea. Sebenarnya dah lama dia nak buat tapi
memandangkan belum sempat, jadi sekaranglah waktunya. Sempat dia tersenyum.
Selendang
putih di kepalanya dilonggarkan ke leher. Rambut yang panjang dikusutkan lalu
dibiarkan mengerbang. Minyak ‘wangi’
ciptaannya dicalit ke seluruh badan. Minyak ‘wangi’ hasil eksperimen dia dan
Jaja anak Cikgu Johan, cikgu Sainsnya. Kononnya mereka ingin buat minyak wangi
yang baunya unik dan hasilnya baunya amat luarbiasa.
Hasil campuran bedak dan daun pandai yang
dikisar halus, ditapis dan dicampur dengan beberapa cecair kemudian dilabelkan
SHA. Asalnya bau yang dihasilkan amat wangi, namun beberapa hari kemudian bau
wangi itu menghasilkan satu bau yang amat tengik sehingga Jaja muntah dan
mereka sama-sama ketawa. Ada 2 botol. Satu dia punya dan satu lagi Jaja punya.
Aya
mendekati 'hantu-hantu’ itu perlahan-lahan sambil menyanyi lagu cindai.
Kebetulan pula lagu Siti Nurhaliza juara dan jadi bualan, kononnya lagu itu
bermaksud Pontianak. Tak kisahlah, janji dia sampai rumah.
“Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu”
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu”
Kemudian Aya mengilai kuat diselangi tangisan mendayu-dayu.
Perlahan-lahan dia mendekati ‘hantu-hantu’ tersebut. Dia menyanyi lagi,
diulangi tangisan dan hilaian lagi sambil tangannya diayun-ayunkan. Dia
terdengar jeritan kuat dan deruman enjin yang motor yang kuat.
Dia terus melangkah sambil ketawa kuat sehingga dia terasa
angin keras menerpa rambutnya. Lagu cindai, teriakan dan tangisan mendayu-dayu
seolah-olah bermain di telinganya. Dia terus menjerit kuat sehingga kelam
pandangannya. Sempat terdengar dentuman kuat di hujung jalan sebelah sungai
sebelum dia rebah ke bumi.
“Aya…aya,bangun nak.” Dia kenal suara itu. Ayah!
“Ayah…tadi Aya dengar..”
“ Dah..tak ada apa-apa. Kan ayah dah pesan, jangan pergi
mana-mana sampai ayah datang..Ayah minta maaf, tak sempat nak bagitahu Aya
awal-awal. Ayah ingat sempat balik awal tadi…Pak Cik Leman dan cik Leha sebelah
rumah minta tolong hantar… ” Aya terus menangis.
“Jangan nangis. Tadi ayah kat sekolah, katanya kamu dah
balik. Puas ayh cari kamu. Lain kali
jangan buat macam ni.” Aya mengangguk. Dia cuma ada ayah dan ayah ada Aya.
“ Lagi satu..ni kenapa pakai macam ni. Bau apa ni?”
“ Ayah…jangan tegur, tak elok.” Usiknya. Masih
terngiang-ngiang lagi bunyi tadi.
“Ayah…aya takut.” Ayah usap ubun Aya sambil baca ayat-ayat
pelindung. Dibacakan ayat-ayat dari surah al-Baqarah dan ayat-ayat khas
sehingga Aya kembali tenang dan tidur. Esoknya Aya demam terkejut.
2 hari kemudian, Aya kembali semangat bersekolah. Kembali
ceria, UPSR pun hampir tiba. Dia tidak ingin ketinggalan. Akan dibuktikan dia
bukan sekadar anak Felda, tapi dia anak seorang ayah, anak Encik Mas’ud.
“Aya, ada dengar cerita abang Zul, anak Pak cik suhaimi ?”
“Abang zul mana? Kacak tak?”
“Kacak tu memanglah…tapi kacak tu nombor dua. Sekarang ni
Aya tahu tak nombor satunya apa?”
“ Apa?”
“ Hari tu dia accident, orang kata dia terserempak
hantu..hantu tengik katanya?”
“ Hantu tengik ? Jenama apa tu?”
“ Aya ni…”
“Yalah..bila?”
“ Malam rabu hari tu. Orang kata balasan dia dengan geng
dia lepak kat jalan tepi sungai kecil tu. Dekat dengan rumah Aya kan?”
“ a’ah..de..kat.” timbul rasa bersalah. Aya ke sebabnya?
Aya ke hantu tengik itu?
“ teruk ke cederanya?”
“agaklah..patah lengan kiri,muka parah. Dia dah tak ada
dah..”
“ ye ke?tak sempat nak minta maaf..”
“ kenapa?”
“eh..apa dia?..”
“ Aya cakap apa tadi?”
“ tak ada…tak sempat nak minta maaf sebab tak sempat nak
berkenalan.” Sempat Aya melawak. Semoga Allah ampunkan dosa Aya. Rasa bersalah
menghantui dirinya.
Beberapa tahun kemudian
“Mana ayah ni…dah lah hujan ni. Kalau tahu tadi drive
kereta sendiri.” Rungut Aya. Telefon di tangan digenggam. Nasib ada phone, dia
member sms ringkas kepada ayahnya.
‘ayah…aya tunggu kat bus stop ni. Hujan ..’
Jarang dia pulang ke Felda semenjak dia belajar di ibu
kota. Lagi 2 tahun dia akan menjadi doktor. Sesuai dengan impiannya. Hari ini
Jaja, sahabat baiknya, seorang guru muda sudah menjadi isteri orang. Tergambar
sinar bahagia di wajah Jaja . Sempat Jaja mencuit dia mengusiknya. Itu belum
tambah cerita Sara yang sudah beranak dua. Kisah Miza yang kini menjadi jururawat di sebuat
hospital swasta. Dan macam-macam lagi. Banyak betul perubahan. Hampir terpukau
dia melihat perubahan tempatnya. Ada hotel lagi.Wah, dia bangga dia seorang
anak felda.
Hujan semakin lebat. Muncul seorang lelaki yang entah dari
mana. Memerhatikan dia dengan suatu pandangan yang menakutkan. Di mukanya kelihatan
jelas parut di sebelah pipi kirinya.Dengan janggut serta misai yang kelihatan
serabai. Sambil matanya merah. Ayu menggigil dan jantungnya berdebar kuat.
Terasa mahu pecah dalam dadanya.
‘apa aku nak buat ni…perompak ke dia ni?Penagih dadah kot
sebab mata merah macam lepas gian je..ye ke?ke perogol? Ya Allah…tolong aku..’
ujarnya perlahan. Dia bangun menjauhi lelaki itu. Tapi hujan semakin lebat.
“Cik!”
“ Eh…abang Ajis.bila sampai..lama Aya tunggu” ujar aya
lembut sambil tudungnya dipintal-pintal. Lakonan spontan.
“ err…”
“ Abang ajis ke abang Ekal??Eh abang Jul ye…kata nak beli
aiskrim kat aya..Aya panas ni. Sampai hati abang Dol buat Aya macam ni..abang
Dol jahat!!!” Jerit Aya. Lantaklah orang tengok pun. Lelaki ‘jahat’ itu diam.
Lantaklah dia nak kata Aya gila pun. Biar dia takut.
“ Abang nak tak minyak wangi ni….aya buat sendiri
tau.Wangi.” Ya…aya bawa minyak wangi itu. Konon kenangan bersama Jaja. Sampai
akhir Jaja tak nak minyak wangi itu.
“Aya bagi abang ye…abang simpan tau. Nanti aya ambil
balik.” Aya mula menangis. Lelaki itu
terus memandang Aya pelik . Semakin menjauhi.
“Aya…” yes, ayah dah sampai. Aya senyum dan terus
masuk ke dalam kereta dan melambai ke arah lelaki tersebut. Lambaian seorang
‘gila’. Gila kerana takut. Jaja ketawa terkekek-kekek mendengar ceritanya.
Sedang Aya masih sebak dengan kesilapan lalunya yang telah meragut kehidupan
seorang abang Zul.
“Sudahlah…Aya, yang hidup perlu jalani hidupnya.Allah Maha
Tahu. Kau pun tak sengaja kan?”
Ya, betul. Yang hidup perlu diteruskan. Semoga Allah
rahmati dia. Doa yang tidak pernah putus sepanjang hidupnya. Rasa bersalah yang
tebal ibarat jalinan urat yang mengalirkan darah. Ya, seperti racun dalam
hidupnya.
“Suraya…jom dinner kat warung baru buka tepi jalan
besar weyh. Aku dengar Wan Su kata sedap makan situ..view dia cantik.
First class dia royak. ”
“ aku tahulah aku kuat makan Idah…tak usah la perli aku mek
oi..” Mek Kelate ni memang selalu buat aya tersenyum.
“ Aku nak panggil mu Suraya..” saat pertama kali mereka
berkenalan. Nama dia Aya Sofea. Kata ayah, aya nama panggilan ibunya, Suraya.
“ Eh..dop eh…Wan Su kata sedap sungguh. Dapat makan siakap
kukus asam limau tambah dengan air limau nipis d’anjung ada
aiskrim…nyummy..sungguh ko mu tak kenan?Wan Su tunggu kat sana. ”
“ Kau saja kan bikin aku kecur..ceh..yalah.jom!”
Betul kata Idah, betul kata Wan Su. Warung ini sangat
cantik. Menepati cita rasa Aya. Warungnya bersih, kemas dan masakannya enak.
Alunan muzik yang mengusik jiwanya. Dia akan datang lagi ke sini.Pasti!
“fall in love ko?” Tanya Idah. Aya mengangguk.
“ Kau !” Teriakan keras di meja mereka mengejutkan Aya.
Mereka terkejut.
“ Kau..kau..pergi! tinggalkan Aya kejap. Aku ada urusan
penting dengan Aya…” arahnya pada Wan Su dan Idah.
“Cepat! Sebelum aku…”
“ apa ni encik…apa-apa hal boleh bincang elok-elok.Jangan
buat onar tempat awam?”
“Aku kata pergi cepat sebelum aku mengamuk satu kedai ni!”
Wan su dan Idah berundur menjauhi. Ada beberapa mata yang memandang Cuma
mungkin tidak berapa kedengaran kerana alunan muzik dan kedudukan mereka agak
terpinggir.
“ Aku nak pulangkan balik barang kau…”
“ Barang apa ni encik??...”
“ Kau bukak kotak tu sekarang.” Terketar-ketar Aya membuka
kotak itu. Dia kenal barang itu. Minyak wangi SHA. Minyak wangi ajaib. Lantas dia
memandang ke arah lelaki itu. Ya lelaki itu.
“er…abang Dol?eh..abang Ajis..alamak abang apa eh?”
“Banyaklah kau punya abang…” lelaki itu senyum. Kacak.
Mungkin parut itu menjejaskan kekacakannya namun senyuman itu membunuh segala
rasa takutnya.
“ Kenal aku???” Aya mengangguk.
“ Ok..duduk..” Aya terkedu seketika.
“ Haish..budak ni, aku kata duduk, duduklah. Kenapa degil
sangat?” Aya terus duduk.Sempat dia menjeling ke arah Wan Su dan Idah yang
tidak berkelip memandangnya.
“ Aku nak buat perhitungan dengan kau…”
“ Eh..kenapa? tiba-tiba je….”
“ esok tunggu aku kat sini.”
“ ewah…kenapa pula?awak ni siapa?”
“ tak kisahlah kau nak panggil abang ajis ke..abang Dol
ke..yang penting esok kat sini pukul 9 pagi..kalau tak..”
“ kalau tak???...”
“ 0177220227…alamat rumah pengurus kilang felda..tenggaroh.
Aya Sofea binti Haji Mas’ud..kolej 17 UPM…” Dan Aya terkedu.
“ ok..ok.esok saya datang.”
“ bagus…”
“ Jangan lupa..”
“Apa?”
“ Jangan pakai perfume tengik tu…macam hantu tengik tu
dulu” Dia ketawa. Aya hanya mencebik. Dia tahu perfume itu bau tengik. Hanya
satu dalam dunia.Hantu tengik. Amboi sesuka hati dia bagi nama. Dia terus
berlalu sambil ketawa tanpa henti.
“ Sapa tu Suraya? Mula tadi bekeng..pahtu macam baik
pulak.”
“entah..orang gila mana.Hantu tengik dia panggil aku..”
“ heh???” serentak Idah dan Wan Su menjawab.
“ Bukan choral speaking la…tak payah nak heh sangat. Esok
dia suruh jumpa kat sini pukul 9.”
“Dia kenal kau..ke kau konon-konon tak kenal dia?” usik Wan
Su.
“ betullah..aku memang tak kenal dia..tapi aku tahu dia
budak felda aku. Jumpa dia kat bus stop masa tunggu ayah aku dulu…eh..dahlah…”
“Habiskan….” Tegas Idah
“tak ada yang menarik pun…”
“ teruskan kalau tak belanja aku makan chicken chop
seminggu..” sambung Idah. Ok, Idah akan start ugutan membunuhnya.
Dan
“ basuh baju aku sebulan..” tambah Wan Su. Tepat seperti yang Aya jangka. Maka,
terpaksalah Aya bercerita dari mula, sambil Idah dan Wan Su gelak
terbahak-bahak.
“Bengong la mu ni Suraya…tak seko ada saing gini.Hahaha..”
“Oh mu..mek Klate. Mu nak rasa penyepit ketam special
aku?” ugut Aya, cuba meniru dialek Idah.
“tok seyh, aku nak tengok action orang
gila…hahaha..”
Malam itu, habis Aya dijadikan bahan ketawa. Aya hanya
senyum. Memikirkan hal yang telah, sedang dan akan berlaku. Apa motif lelaki
itu. Hantu tengik? Kenapa dia rasa pernah dengar ayat itu?
Ah, biarkan esok. Sama-sama dia menunggu esok yang bakal
tiba. Semoga dia masih ada. Semoga Allah mengizinkan dia untuk masih bernyawa.
“Lambat 3 minit!” marah lelaki itu.
“ ye ke? Jam saya tepat 9 pagi. Nah, tengok ni…”
“ Ikut jam aku..”
“ Apa-apa saja la..nak apa ni?”
“ Nak berkenalan..”
“ dah kenal kan?”
“saya kenal awak…awak tak..”
“ tak penting…”
“ awak hutang saya…”
“ berapa ribu? Bila? Kat mana?” cebik Aya sedikit mengejek.
Ah, lelaki ini. Gila agaknya. Tiba-tiba datang minta hutang.
“ Parut ni…”
“ huh??? Tak faham..”
“ Hantu Tengik…”
“ Apa benda hantu tengik nih…rimaslah asyik sebut je. Nak
ke?”
“ Kali pertama takdir, kali kedua tak nak..”
“ apa benda awak merepek ni?”
“ Ingat abang Zul?” Aya senyap. Tak mungkin dia lupa, dia
penyebab kematian Abang Zul.
“ Awak kawan abang Zul ke?...” suaranya dikendurkan
perlahan. Sedikit demi sedikit teringat kembali kejadian malam itu.
“ Saya ada malam itu…”
“ Aya minta maaf, sebab Aya bodoh..Aya tak sangka jadi
macam tu..” Aya menangis. Sungguh dia rasa bersalah. Dua tiga kali dia pergi
rumah abang Zul untuk minta maaf, tapi dia takut.
“ Aya selalu pergi rumah family arwah..tapi Aya takut. Aya
tak tahu nak cakap apa…Aya nak minta maaf sangat..”
“ Aya..sorry..dah, jangan nangis..benda dah berlalu.. Aya
tak sengaja kan? Allah dah takdirkan macam tu..”
“ Parut ni sebab malam tu ke?...”
“ Hmm..dah la..”
“ Kesian abang…ajis, tak sedap la ajis..abang dol la.”
Sambil memandang tepat ke arah parut lelaki itu.
“ buat lawak pula…Aya ni pelik la...dah..tak payah nak
tengok lama-lama.”
“Mana ada Aya tengok abang..tengok parut je. Sakit ke?”
“ dulu sampai sekarang masih terasa lagi…” Aya mula berubah
wajah. Terasa bersalah.
“ terasa lagi tengik tu…”
“ huh?..”
“ sebab minyak Aya tu…abang tahu siapa rupanya hantu
tengik.” Lelaki itu gelak. Aya hanya senyum. Cuba untuk mengusir rasa bersalah
tapi sukar. Seolah sebati dengan hidupnya.
“ Sudahlah tu…”
“ Susahlah abang..rasa bersalah tu macam..”
“ nak buat apa nak hilangkan rasa bersalah Aya tu?”
“ tak mungkin kot…but thanks sekurang-kurangnya abang dol
ada..rasa lega sikit. Aya minta maaf..untuk malam tu, minyak tengik dan parut
tu.”
“ Kawan?”
“ Susah ..Aya akan teringat arwah.”
“ Aya…saya jatuh hati dengan Aya”
“ Aya minta maaf. Thanks.” Aya terus bangun pergi. Wah,
dramatik Aya ni. Lelaki itu hanya memandang. Kasihan melihat gadis itu dengan
beban bersalah. Itulah, padanya kali terakhir dia memanggil lelaki yang juga
mangsanya suatu ketika dahulu itu abang Dol. Ya, walau dia sekampung.
“ Tahniah Dr. Suraya. Anda berhak dengan usaha anda…”
“ Anak ayah memang hebat..alhamdulillah, you prove it my
dear!”
“ Tahniah Aya..” Eh, wait the minute, Aya memang tak
tahu. Abang Ajis@ abang dol datang dengan ayah.Sibuk je.
“ Eh…terima kasih. Sihat? ”
“ Masih gila…aya? Tengik lagi?”
“ Erk..jahat..dahlah..mana ada tengik.. Mahu berhari nak
hilang bau tengik tu. Pekat betul bau dia. Sampai demam Aya…”
“ Ye ke? Bukan sebab..kena tegur dengan….”
“ uish…mulut! Ayah cerita eh?”
“ mesti la…”
“ amboi..rapat nya dengan ayah..tak kawan dengan aya..dapat
ayah pun jadi ke?”
“ eh..tak boleh ke? Nak baik-baik dengan bakal mertua?”
“ perasan..” Walhal Aya dah malu. Mana nak simpan muka.
“ abang…thanks ya.Sudi datang..”
“ touching ke?”
“ eleh..tak ada hadiah pun..”
“ tak tahu nak bagi apa…Aya minta la.”
“ boleh?...” Abang Dol mengangguk.
“ Aya nak kenal abang boleh?” Abang Dol diam.
“ Dol atau ajis?”
“ haish…yang betul. Valid lagi tak friend request
abang tu dulu?”
“ tak..dah tutup.”
“ jual mahal kan. Yalah orang dah tak sudi.
“Abang
nak kahwin dengan Aya, boleh?” Ok, giliran aya terkedu. Memang buat seketika
dia rasa sesuatu namun dipendamkan.
“
Aya…answer me?”
“
Abang nak kongsi beban bersalah Aya ke?”
“
kalau Aya sudi abang seribu kali sudi..”
“ Aya
anak ayah..aya ada ayah je…”
“
Abang dah mintak izin..lepas Aya bagi minyak tengik tu..minyak pengasih ke
minyak tu?” Aya menggigit bibir. Geram.
Subscribe to:
Comments (Atom)

