Wednesday, December 5, 2012

iV-II

Assalamualaikum...
oh my diary, (setelah otak blur dengan nota2 interview ni..)
for a few days ni kena baca nota pasal ilmu pendidikan ni..almaklumlah iV start next week probably, anytime, anywhere... (oh ya,,,iV tu stands for interview)
secara rasminya iV ni adalah kali kedua lepas iV untuk program ijazah pendidikan...ikut kata panglima Ilmu, iV start Disember ni sampai Mac 2013..so tunggu je lah..

teringat masa iV first time dulu2..
nervous bagai...huahaha..seriously takut,cuak..untung ramai gak iV hari tu. So, nk hilangkan nervous, aku p kacau kawan2 baru yang nak iV jugak..so we make a friendship relation...hi...nama kita aby, awak nama apa???

nak cerita pasal iV kawan baru aku sorang ni..nama dia Amin (seingat2 kepala otak aku yang tengah blur ni la)
Amir ni nak jadi Kaunselor..dia memang sangat berminat dengan motivasi.. kalau hang duk tempat aku masa tuh, memang hang kagum la dengan dia. Gaya cakap dia, skill, appearance and everything is ok. Orang BP rasanya... (BP - batu pahat)
Dia punya giliran sebelum aku..saat dia tengah iV memang aku gelabah habis..err takut, nebus, nebula oblongata ntah apa-apa ntah dah..butterfly bukan stkat kat stomach, aku rasa bukan butterfly tapi ulat beluncas kot..ok,stop..

a few minutes later....
dia pun keluar dengan senyuman menawan bak prince charming yang nak melamar princess, shining macam sunrise awal pagi...ohh dia sudah..aku belum..
'kita rehat sebentar, pukul .....' kata akak cantik itu.
cis, hilang ulat beluncas aku......
lalu,aku memulakan skill spy aku yg berzaman aku tak guna...
'Amir, susah ke soklan die???' dan semua pun tengok aku.
'ok, cume aku tak tahan part dia tanya aku merokok ke tak..'
'erk??' macam biasa muka blur aku hadiahkan kat dia..
'aku jawabla ya, tak kan aku nak tipu..then dia tanya aku macam mana aku nak nasihatkan pelajar supaya tak merokok sedangkan aku pun merokok gak...'
'ok..lepas tu?' aku tanya lagi
' aku jawab, puan...insya-Allah jika saya ditawarkan kursus ni, saya akan berhenti merokok....'
dan aku pun senyum... alahai Amir...kini, aku tak tahu amir tu kat mana,sudah jadi kaunselor ke..lost  contact, nama pun teman sementara ...haha
ada kawan baru aku yang kena berlakon jadi cikgu garang...huhu, kasihan dia..next time aku cerita kes aku pula...

~ moga iV-II ni Allah permudahkan urusan,so chill~



dear sengal,angau. kakikorea,sukakacauorangtidur...
when we are together,boleh pecah katil...haha
~ iloveuallmissuallsomuch~
uhibbukum jami'an lillah abadan abada....
 5 disember 2012
21 Muharam 1434
30 minit nk dekat pukul 12 tengahari
`nak off semua, wanna get a sleep`

Sunday, November 25, 2012

den x keje..de problem???

Assalamualaikum..
Seriously, sedar x sedar dah 4 bulan lebih den di rumah...ohho,such a long-long day..
member2 pun mesej la.Membe UPM, bestfrend  mse skola dulu dan yg mne yg den kenal..
'b,keje ke??'
' oit,buat ape?x keje ke?'
' xnak keje kat sini ke?' tanya Kak Jepon member den mse keje part time waktu cuti sem dulu2.. (kak Jepon, oh...dia memang cantik macam Jepun)
'asal xkeje dik,boleh dpt income...' tanya x-customer den time keje kat bangi...
dan macam-macam lagi....

No,tidak dan tak ada dalam planning den nak keje sampai abis tahun 2012 ini...
someone said ' membazir masa duduk kat rumah...buat habiskan beras mak ayah kau je??' (erk,sangat kejam ayat itu..)
but, ada aku kisah???
by the way, beras mak ayah aku..bukan parents ekau..(haha, aku lagi kejam)

tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian..
now I'll give you my reasonS...(nak state kan betapa banyaknya reason..)
alasan bagai, padahal kau MALAS kan??? ...Awas, usah diulang ayat malas itu...
sebenarnya,
First of all, because of my parents...semenjak dah 'besar' ni...ni baru belajar,esok2 kalau den dah keje menyempat ko tidak den nak balik jenguk ibu bapa den.. Allah, den sayang mak ayah den sangat..ohho,jgn salah faham, den x kato yang kalau ekau keje den x ingat, x sayang mak ayah ekau..tapi cara kita luahkan sayang x sama kan???

Next, konon den kat umah nak tingkatkan skill den bab2 masak ni..almaklumlah den x berapa pandai..kalau nak buat gulai pun den x berani nk buat sorang2.kena ada instruction dari mem besar den. belajar jahit...dan macam2 lagi...

alasan ketiga den...
x suka nak minta cuti kalau den keje...(hah, dedikasi tak den ni???,aiseh,naik lef tekan sendiri.). Cuti-cuti sekolah ni ramai la yang kahwin,sedara la...kawan2 la. majlis sana, majlis sini...yang paling den tak suka bila den keje, family den cuti sakan pusing satu Malaysia.(Ohh tidak!!!!)

nak ikutkan,sebab den pernah keje sebelum ,dah merasa pegang duit hasil usaha sendiri, memang ade terasa something la...den memang tak buleh duk diam2...so duduk kat rumah, petang2 den buat kek, buat puding..malam2 den baca novel,gelak sengsorang..10 kali khatam pun den duk gelak lagi.part sedih den nangis. (ohho, emosi, sentimental)

dan atas sebab2 tertentu den x nak keje..
tapi den dah xda keje,den buat keje entah pape..den buat keychain den jual..hoho, den dapat RM50 dalam 2 minggu, lepas tu, den tolong abah kira markah exam..hehe, den dapat Rm50..so..ok la tu...

noe for the end..disebabkan adik den yg kt belakang da kecoh suruh den berambus dari depan laptop...den terpaksolah undur diri... bye bye









.




Thursday, October 18, 2012

PetalingStreet-lorong cintaku ep.1

Petaling Street , 16 oktober 2000  
Bayi siapa?
  
    "Hoi, buta ke?!!! " marah Awe. Rosak semua rancangannya. Dari tadi dia sedang menunggu masa meragut mangsa seterusnya. Namun kehadiran gadis itu memusnahkan segalanya. Gadis di hadapannya hanya  memandang  sambil menahan nafas tercungap-cungap.Di pangkuannya seorang bayi yang sedang menangis.
     "Bang, tolong saya bang...ada orang kejar saya bang. Tolong selamatkan adik saya ni bang.." pinta gadis itu. Awie terlopong. Sudah drama TV apa pula ni, fikirnya. 
     "Please bang...jaga dia elok-elok, jangan bagi orang tu tangkap Lela " pintanya lagi. Sambil matanya masih melilau ke kiri dan kanannya. Tanpa menunggu jawapan dari Awe, gadis itu meletakkan bayi ke pangkuan Awe dan mencium pipi bayi itu. Gadis itu terus berlari laju meninggalkan Awe.
     "Hoi,tunggu!!!" jerit Awe malangnya gadis itu terus pergi. Beberapa minit kemudian datang beberapa orang lelaki yang sedang mencari sesuatu. Mereka memandang Awe dengan pandangan pelik.
      " Bodoh, apa pandang-pandang?" Marah Awe. Lelaki-lelaki itu hanya memandang dan terus berlalu pergi menuju ke arah lain. Awe duduk sambil menunggu gadis itu mengambil kembali bayi itu. Beberapa jam berlalu, namun gadis itu tidak juga kembali. Tangisan bayi itu mengejutkan Awe. 
       " Diamlah budak!" marah Awe sambil menunjukkan muka bengis kepada bayi itu. Bayi itu senyap seketika.
       "Tau takut. Apa aku nak buat dengan kau?" tanya Awe kasar. 
       " Nama kau Lela kan? " tanyanya lagi. Bayi itu menangis lagi. 
       " Hei budak, diamlah!" bentak Awe, bosan mendengar tangisan bayi itu. Namun bayi itu terus menangis tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu. Awe buntu, hilang idea. Dia bingkas bangun membawa bayi itu pergi. Sambil matanya liar mencari kelibat gadis yang meninggalkan bayi itu.
        " Kenapa budak ni nangis? " tanya seorang wanita tua. Dari tadi dia memerhatikan Awe yang seperti hilang arah tuju. Niatnya ingin membantu.
      " Mana aku tau.." balas Awe kasar. Wanita itu tersentak, namun kerana kasihan akan bayi itu, dia menawarkan pertolongan.
       " Lampin dia basah agaknya? Cuba tengok, hmm...patutlah nangis,basah lencun dah ni. Kasihannya dia, mana ibu dia??" Awe hanya mendiamkan diri. 
        " Pergi beli lampin bayi kat kedai depan tu...kasihan anak kau ni." arah wanita itu. Awe terkejut. 'Anak aku'.
        " Apasal tercegat kat situ lagi? Pergilah beli..." marah wanita itu.

        " tak ada duit.." balas Awe perlahan tapi nada tegas. 
        " macam mana kau jadi bapak, duit tak ada??? " marah wanita itu lagi sambil menghulurkan sekeping wang not RM50. Awe terus melangkah menuju ke kedai yang ditunjukkan oleh wanita tua itu. Langkahnya terhenti, wang not RM50 itu dipandangnya. 'Bodoh, baik aku beli makanan'. Awe menukar langkah  menuju ke kedai makan berhampiran. Senyuman terukir di bibir, nasib dia hari ini baik. Tanpa membuang masa dia terus memesan makanan.
         Parut di tangannya ditenung, parut itu hadiah pertama sempena menyambut kedatangan dia ke kota ini. Sudah hampir 3 tahun dia di sini, sudah kenal benar liku-liku jalan di kawasan itu sebanyak parut di badan dan mukanya. Air dihirup cepat, dia begitu haus. Dia sempat menengking pekerja warung itu supaya segera menyiapkan makanannya. Sebaik tiba, Awe terus memakan makanannya. Beberapa mata memandangnya. . 
        Sementara itu, wanita tua itu sabar menunggu Awe. Bayi yang mungkin berusia 15 bulan ini dipandang. Dia teringat anaknya yang sudah meninggal 15 tahun lalu. Sesekali bayi itu ditepuk lembut, didodoi.
        " Kasihan kau nak, ke mana perginya ibu kau? "ujarnya lembut, sambil mengusap ubun bayi itu. 
        " Anak akak ke?" tanya seorang penjual. 
        " Anak saudara, tunggu bapak dia beli lampin..lupa nak bawak tadi."
       "La ye ke?Ambil anak saya punya dulu. Kasihannya dia..Ibunya mana?" ramah penjual muda itu. Wanita itu hanya mendiamkan diri. Dia terus menukar lampin bayi itu lalu memberi not merah RM10 sebagai tanda menghargai pertolongan penjual muda itu.
      " Tak apa kak, saya ikhlas tolong. Ambil je.. "
      " terima kasih dik ye.." 
         Wanita itu menunggu Awe. Jam di tangannya dikerling. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi.
    " Ya,saya di Petaling street ni. Bagitahu Amna saya balik lewat, lagi satu. Call Datuk, cancel appointment petang ni." jawab wanita tua itu tegas. Bayi di tangannya ditenung. Bayi siapakah ini? Ke mana perginya lelaki yang membawa bayi ini? 

nota : apa yang terjadi kepada gadis itu?siapakah bayi itu? Ke manakah Awe dan siapakah wanita itu? 
         
        




  

Adios bumi Serdang

Alhamdulillah,sampai pun kat rumah lebih kurang pukul 6ptg td.
takut gak,sbb pak cik drebar bas tu bwk bas laju and suka hisap rokok..paling best,seat kat depan sekali..woahaha,masyuk layan asap berkepol2..dengan gadis yang pasang lagu dlm laptop kuat gile (ok,aku tak ada laptop)

akhirnya...bumi serdang kutinggalkan,bumi tempat aku mencapai segulung ijazah..selama 4 tahun duk cedok ilmu kat sana, and now it's the time to let it go... (sedihnya)
dengan kawan-kawan kelas..

nak tmbahkn kenangan lagi, naik bas raPiD (rangkaian pengangkutan integrasi deras) haha, baru tau rapid tu singkatan rupenya..haiya
pusing2 seri serdang, seri kembangan,mines...naik bas dengan students SMKSI
hanya Allah je tau how much them..

So, apa yang best kat serdang ni???
1. ada UPM???
2. suka mse puasa kat sini, g terawih kat masjid jamek..suasana dia sangat best.
3. accident kat serdang, untung ALLAH selamatkan.
4. kawan-kawan yang sporting..
5. sekolah masa praktikal..
6. pgalaman time konvoi untk PRU
7. si dia...


Selamat tinggal serdang, ada jodoh kita jumpa lagi..master kt sana??
hehe, boleh tapi course yang aku nak mcm tak ada je???
nak amik pengajian al-Quran dan hadis,tapi abah kata asal lari jauh sangat..
haha..planning je, ada rezeki tak ke mana.

Ok lah, bye bye UPM, serdang...bumi selangor..

jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...