Thursday, October 18, 2012

PetalingStreet-lorong cintaku ep.1

Petaling Street , 16 oktober 2000  
Bayi siapa?
  
    "Hoi, buta ke?!!! " marah Awe. Rosak semua rancangannya. Dari tadi dia sedang menunggu masa meragut mangsa seterusnya. Namun kehadiran gadis itu memusnahkan segalanya. Gadis di hadapannya hanya  memandang  sambil menahan nafas tercungap-cungap.Di pangkuannya seorang bayi yang sedang menangis.
     "Bang, tolong saya bang...ada orang kejar saya bang. Tolong selamatkan adik saya ni bang.." pinta gadis itu. Awie terlopong. Sudah drama TV apa pula ni, fikirnya. 
     "Please bang...jaga dia elok-elok, jangan bagi orang tu tangkap Lela " pintanya lagi. Sambil matanya masih melilau ke kiri dan kanannya. Tanpa menunggu jawapan dari Awe, gadis itu meletakkan bayi ke pangkuan Awe dan mencium pipi bayi itu. Gadis itu terus berlari laju meninggalkan Awe.
     "Hoi,tunggu!!!" jerit Awe malangnya gadis itu terus pergi. Beberapa minit kemudian datang beberapa orang lelaki yang sedang mencari sesuatu. Mereka memandang Awe dengan pandangan pelik.
      " Bodoh, apa pandang-pandang?" Marah Awe. Lelaki-lelaki itu hanya memandang dan terus berlalu pergi menuju ke arah lain. Awe duduk sambil menunggu gadis itu mengambil kembali bayi itu. Beberapa jam berlalu, namun gadis itu tidak juga kembali. Tangisan bayi itu mengejutkan Awe. 
       " Diamlah budak!" marah Awe sambil menunjukkan muka bengis kepada bayi itu. Bayi itu senyap seketika.
       "Tau takut. Apa aku nak buat dengan kau?" tanya Awe kasar. 
       " Nama kau Lela kan? " tanyanya lagi. Bayi itu menangis lagi. 
       " Hei budak, diamlah!" bentak Awe, bosan mendengar tangisan bayi itu. Namun bayi itu terus menangis tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu. Awe buntu, hilang idea. Dia bingkas bangun membawa bayi itu pergi. Sambil matanya liar mencari kelibat gadis yang meninggalkan bayi itu.
        " Kenapa budak ni nangis? " tanya seorang wanita tua. Dari tadi dia memerhatikan Awe yang seperti hilang arah tuju. Niatnya ingin membantu.
      " Mana aku tau.." balas Awe kasar. Wanita itu tersentak, namun kerana kasihan akan bayi itu, dia menawarkan pertolongan.
       " Lampin dia basah agaknya? Cuba tengok, hmm...patutlah nangis,basah lencun dah ni. Kasihannya dia, mana ibu dia??" Awe hanya mendiamkan diri. 
        " Pergi beli lampin bayi kat kedai depan tu...kasihan anak kau ni." arah wanita itu. Awe terkejut. 'Anak aku'.
        " Apasal tercegat kat situ lagi? Pergilah beli..." marah wanita itu.

        " tak ada duit.." balas Awe perlahan tapi nada tegas. 
        " macam mana kau jadi bapak, duit tak ada??? " marah wanita itu lagi sambil menghulurkan sekeping wang not RM50. Awe terus melangkah menuju ke kedai yang ditunjukkan oleh wanita tua itu. Langkahnya terhenti, wang not RM50 itu dipandangnya. 'Bodoh, baik aku beli makanan'. Awe menukar langkah  menuju ke kedai makan berhampiran. Senyuman terukir di bibir, nasib dia hari ini baik. Tanpa membuang masa dia terus memesan makanan.
         Parut di tangannya ditenung, parut itu hadiah pertama sempena menyambut kedatangan dia ke kota ini. Sudah hampir 3 tahun dia di sini, sudah kenal benar liku-liku jalan di kawasan itu sebanyak parut di badan dan mukanya. Air dihirup cepat, dia begitu haus. Dia sempat menengking pekerja warung itu supaya segera menyiapkan makanannya. Sebaik tiba, Awe terus memakan makanannya. Beberapa mata memandangnya. . 
        Sementara itu, wanita tua itu sabar menunggu Awe. Bayi yang mungkin berusia 15 bulan ini dipandang. Dia teringat anaknya yang sudah meninggal 15 tahun lalu. Sesekali bayi itu ditepuk lembut, didodoi.
        " Kasihan kau nak, ke mana perginya ibu kau? "ujarnya lembut, sambil mengusap ubun bayi itu. 
        " Anak akak ke?" tanya seorang penjual. 
        " Anak saudara, tunggu bapak dia beli lampin..lupa nak bawak tadi."
       "La ye ke?Ambil anak saya punya dulu. Kasihannya dia..Ibunya mana?" ramah penjual muda itu. Wanita itu hanya mendiamkan diri. Dia terus menukar lampin bayi itu lalu memberi not merah RM10 sebagai tanda menghargai pertolongan penjual muda itu.
      " Tak apa kak, saya ikhlas tolong. Ambil je.. "
      " terima kasih dik ye.." 
         Wanita itu menunggu Awe. Jam di tangannya dikerling. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi.
    " Ya,saya di Petaling street ni. Bagitahu Amna saya balik lewat, lagi satu. Call Datuk, cancel appointment petang ni." jawab wanita tua itu tegas. Bayi di tangannya ditenung. Bayi siapakah ini? Ke mana perginya lelaki yang membawa bayi ini? 

nota : apa yang terjadi kepada gadis itu?siapakah bayi itu? Ke manakah Awe dan siapakah wanita itu? 
         
        




  

No comments:

Post a Comment

jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...