Sunday, March 31, 2013

Job baru!

Yup
and yup..memang tak salah baca.
sebenarnya job lama, tapi dapat request untuk minggu ni.
kerja apa????
' DREBAR PERIBADI '
haha..
dapatlah RM15 sehari. selama seminggu dapat RM15 x 5
jumlah = RM 75
minyak kereta RM30
ada baki RM45
bolehlah
janji ada pendapatan
alhamdulillah

baju sekolah adik-adik dah gosok
eh, dah tak ada kerja ke?
baju pelanggan mama pun dah hampir siap.

misi minggu ni.nak siapkan cerpen enjit-enjit semut yang dah terbengkalai lama.
dan episod seterusnya untuk petaling street : lorong cintaku.
draf dah ada, cuma tak sempat nak terjemah dalam ni je.

ok..

ini jadual untuk drebar

isnin       9.45 pagi dan 4.30 petang
selasa    7.20 pagi dan 2 petang
rabu      (rujuk hari isnin)
khamis  (rujuk hari selasa)
jumaat   (sama seperti selasa dan khamis)

Saturday, March 30, 2013

kisah 12 malam

tengok kanan    'ok, line clear!'
tengok kiri        ' check it! clear!'
dengan perlahan-lahan langkahku atur menuju ke suatu tempat. Kotak berisi benda penting itu kucari. Mana diletakkan benda itu? Dalam kegelapan malam yang ditemani bulan dan bintang.

'eh, apa benda ni... Yes!!!!dapat!'
ok. perojek mula

ambil periuk. koyak plastik, letak semua bahan dalam periuk. tambah hiasan sampingan dan..tunggu selama3-5 minit.
Sudah siap..
ambil mangkuk, sudu dan garfu.
tuang dalam mangkuk
ok..jom makan maggi.

baru nak suap masuk mulut
'hai, makan sorang je ke?'

Jom makan!
sekarang ni aku dah jadi pegawai penyiasat!

Thursday, March 28, 2013

iv

Dulu-dulu masa interview.

sebelum temuduga, aku bekerja sebagai jurujual di Jakel..kiranya Jakel jadi tempat aku memahirkan soft skill aku seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan..
cehh..aku ditemuduga di KUITHO, Batu Pahat.

kisah interview aku?
biasa saja..
ini adalah interview aku yang kedua, lepas interview untuk Darul quran.
(off story, kisah lama)

panel juri ada 3 orang,2 orang lelaki dan seorang perempuan..
ini temududa individu. aku pernah tulis pasal amin dulu
giliran aku selepas Amin ...

Antara soalan yang aku dapat
1. Kenapa aku nak jadi cikgu matematik?
2. Sesi pengajaran
3. Macam mana nak ajar pelajar lemah?
4. Soalan fakta am
5. yang terakhir : baca doa kebahagian dunia akhirat.

tapi,masa itu..
aku main jawab saja..haha
jawapan aku
Saya ingin jadi cikgu matematik kerana saya sangat suka matematik.
(memang aku memang suka sangat maths tapi rezeki aku dapat Fizik)

Aku ajar subjek trigonometri.

penyelasaian aku,
buat kumpukan di mana dalam satu kumpulan ada pelajar pandai dan minta dia buat penjelasan di bawah penyeliaan kita. Dengan cara itu, pelajar mungkin lebih memahami konsep melalui pemahaman rakan-rakan yang lain.
(sesuka hati aku je. haha)

aku ditanya siapa MB Johor,MB Kelantan, Sultan Johor, Sultan Kelantan dan ramai lagi menteri. Kelakarnya, ada yang aku tak ingat nama tapi nama ayah aku ingat. Jawab sajalah dengan penuh keyakinan

soalan last sekali memang buat aku terkejut.. Dah, kenapa pula nak kena baca doa kesejahteraan dunia akhirat kat sini. Apa kaitan pula dengan temuduga ni? aku nak jadi cikgu Matematik ke Ustazah ni?
atau mungkin panel juri tengok profil aku yang latar belakang SMKA? dan penglibatan aku dalam bidang agama?
aku tarik nafas panjang, angkat tangan, tutup mata, tundukkan kepala dan mula baca doa.
aku mulakan dengan basmallah, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia..
doa untuk ibu bapa, umat muslimin..
doa untuk ketetapan hati, doa selamat iman, tingkat ilmu, kefahaman..
doa berjaya dunia akhirat dan
akhir sekali keselamatan serta kebahagiaan dunia dan akhirat...

aku buka mata dan dongakkan kepala..
eh eh, panel pun aminkan?
sejuknya mata dan hati aku..
dan itu sajalah...

alhamdulillah, rezeki aku kat sini
dapat jumpa awek-awek cun dan pakwe pakwe handsome kat UPM ni.
Bac. of Science with Education- physics 2008-2012

:)
until we meet again..sapa nak kahwin lepas ini, sila jemput!



oFFtoLarkin

Hoyay!!!!
Dah habis interview..
alhamdulillah...selesai sudah.
jadi sekarang ini tinggal untuk keputusan penempatan guru.moga-moga aku lulus temuduga ini.
erk, aku mohon negeri Kedah..
saja nak menimba pengalaman di tempat orang.
luaskan pemandangan, timba pengalaman..menuntut ilmu di negeri orang.
cari jodoh orang utara..

(ops..)

oleh kerana tarikh temuduga 27 mac, waktu cuti sekolah..jadi kami tak balik Kelantan..
kiranya offtoLarkin ni jadi percutian kami..

kami bertolak pergi JB 26 Mac..takut sesat.pakai GPS pun boleh sangkut tau..haha
Punyalah cari IPG Kampus Temenggong Ibrahim..tapi tak jumpa juga.
sampai jumpa stadium Larkin..wohaa..
ok,berhenti kejap ambil gambar.semangat Johor kejap.

malamnya, kami tidur di Hotel Seri Malaysia.
sambil baca-baca sikit..nak hilangkan gementar.

dan esoknya temuduga!
dengan tak lalu nak makan, cuma dengan suku keping butterscocth dan segelas air masak, aku masuk ke perpustakaan IPG tu.
rupanya,
aku terlupa dan tak tahu bahwa senarai semak dokumen kena ada.
makanya, aku tak ada senarai itu dan kena ada sekeping gambar pasport, di mana memang aku tak suka simpan gambar dalam dompet. tara papa, memang sangat seronok.

(abdiah, kau memang sengal!)

kawan aku, naz tanya..'cuba cek..tak kan tak ada gambar langsung dalam wallet aku?'
sebenarnya memang ada! thank you so much Naz!

(yeay!!!)

tak sempat nak ambil gambar lepas temuduga.haha
tak apa lah..

dah habis temuduga, kami jalan-jalan ke penghujung benua asia, iaitu Tanjung Piai, Pontian

singgah di Kukup sekejap, konon nak cari ikan masin...tapi tak jumpa.Apa yang aku dapat, niat nak datang taman negara johor pulau kukup,
lagi satu..boleh pergi Indonesia ikut Jeti kukup, terus ke Batam kalau tak silap aku.
abaikan tudung yang tak berapa nak jadi. fokus kat kelegaan yang terpancar kat muka aku.


cantik kan?lagi satu perkampungan nelayan di kukup, memang atas laut. kampung yang kami pergi kampung nelayan Cina. aku macam kagum sebab...aku tak biasa jumpa nelayan cina.hehe.

sampai kat rumah, maghrib..
tak lama aku dapat mesej dari my lovely friend tanya pasal interview. semoga dia enjoy penilaian khas hari ini.

(Thanks Seha!)
to all my friends for you wishes! love you all.

Wednesday, March 20, 2013

Projek: bisnes

orait..
bekas air 
jadi, ni projek baru aku..
dapat lah RM13..
selain daripada jadi drebar cik heeda eh, silap puan heeda.

haha..
ni pesanan dari seorang cikgu sekolah agama.
tak kenal pun siapa.

lakaran kasar

ok.ni sebelum dibentukkan ikut bekas air 

siap!!!
lagi satu...
kerana kecantikannya aku beli tisu ni.cantik kan?

dan aku dapat ilmu baru, pasal ibu mengandung.
semalam temankan puan heeda pergi klinik..nak scan baby dia..dah nampak dah muka dia. 
proses nak buat kad merah untuk baby itu serious memang lama..
macam-macam benda nak kena buat
test urin, cek darah, gigi, dan banyak lagi
dari pukul 2 petang..siap lebih kurang pukul 3..
tapi kakak jururawat tu memang dah pesan memang lama nak buat kad merah
untung bawa buku, bolehlah buat teman.
dr. tu pesan..minum air banyak2, minum susu untuk kalsium, makan pisang..bayam, buah jambu..oh banyak sangat..

~ada mak cik tu cakap dengan kawan dia..
eh-eh keciknya dia nak jadi mak orang
aku telan air liur 'gulp'..
er mak cik saya datang teman kawan saya, dia kat dalam~

haha...
sekian

Thursday, March 7, 2013

why Dalat got it's name?

Assalamualaikum...
dear diary...
2 hari lepas aku dan mama pergi minum di nasi kukus warisan bonda..
tengahari, cuaca panas...jadi, aku dengan gembiranya
' Kak, ABC satu!'
' Lai chee Kang satu !' ok, itu mama aku punya
 tengah syok-syok layan buku, oh memang..aku suka bawa buku pergi mana-mana.
sambil layan radio..masa itu ceramah pasal ibu bapa kenali anak-anak

tiba-tiba, aku dengan mengada-ngadanya..
' ma, ni nak tanya ni...'
' apa ?'
' ok, kawan-kawan kak long panggil kak long apa?'
' ab...'
' YES!!! mama tahu!'
' hmm..bagi nama panjang-panjang, panggil AB je..'
(dush, bagai satu tumbukan keras kat atas kepala aku.)
haha..aku hanya tergelak.

sebenarnya,
nama ab ni teacher Zakiah, teacher aku masa di tingkatan 2 SMKAS dulu.agaknya, dia tak boleh nak sebut nama aku la tu. haha..(very awkward)
dan cuma ada beberapa orang kawan aku yang panggil aku ab..
ok lah..cuma masa itu, aku agak tak gemar bila ada kawan-kawan lelaki aku yang panggil aku dengan gelaran nama itu.( seriously, rasa nak muntah..)dan aku memang tak akan berpaling bila dengar nama itu. sebab aku konfius, 'eh, dia panggil aku ke?'
dan sekarang..
dah biasa dengar nama itu...
tapi seriously..
aku sangat suka orang panggil aku dengan nama penuh aku..
menghargai nama yang mama dan abah bagi pada aku

satu lagi
sampai sekarang aku tak jumpa lagi maksud nama aku dalam mana-mana buku maksud nama.
abah aku kata maksudnya, pengabdian, kekal abadi.. (so, i believe)

team merah!

p/s : ada orang kata nama aku gabungan nama mama dan abah
abd. aziz + radiah =
abd + diah=
abdiah

hah, nampak tak formula huruf dia?

* (....) adalah perkataan yang mewakili emosi aku saat itu
   perkataan yang itlalic adalah perkataan asing


Friday, March 1, 2013

Jom relaks-3-

Suatu hari
' Kak long, malam ni JDT lawan Kedah. Sokong mana?'
' Kak Long sokong JDT..'
' Ok..adik sokong Kedah...'

beberapa minit kemudian...
' Padan muka Kak Long, Kedah dah 2-0..siapa suruh sokong JDT?'
aku membuat mulut gaya ikan.

' Ok..JDT dan menyamakan kedudukan la h adik..yeay!!! Adik..eh, adik? ' erk, dah tidur rupanya, beria ajak aku tengok bola.

disebabkan seri, maka adalah masa tambahan selama 30 minit..
masih tak dapat nak tentukan jugak siapa pemenangnya..
ok.
aku suka bahagian ini .P.E.N.A.L.T.I !!!
kenapa aku suka?
masa inilah penjaga gol kesayangan aku akan menunjukkan kehebatan dia..hehehe
(tapi aku suka penjaga gol ATM dan TRW je. kawan dalam hati bak kata adik aku)

akhirnya,
JDT menang penalti 5-4..
yes!!!

Esoknya,
' Adik, JDT menang semalam 5-4..yeay!'
' Eleh, BERLAGAK ' (dalam banyak perkataan, perkataan ini yang dia pilih untuk aku)
' Tak apa..yang penting JDT menang..hehe.'
' Menang dengan penalti buat apa?'
nampak tak permainan dia..
nak kenakan aku la tu. selalu kenakan aku.
itu dia hero aku.

Semoga Allah berkati kamu, rahmati kamu dan lindungi kamu di mana kamu berada.
keluargaku sayang

dengan topeng muka buatan sendiri, nak lawan Israel ke?

makanan kegemaran dia
nasi tak warna biru tak nak
tak ada keropok tak layan
tak ada kelapa dan budu tumis tak nama kerabu

permainan bola kertas
praktikal jugak la untuk main sorang-sorang.
ahmad dengan abang ngah kat asrama..
kasihan adik main sorang-sorang
tapi..
apa fasal dia relaks je main?
pengadil dia,
pemain dia,
lawan pun dia...
pengulas pun dia.
ok adik
teruskan berusaha
* adik adalah Muhammad Azrien, adik bongsuku yang berumur 7 tahun 2 bulan

Jom relaks-2-

' س ش ص '
' ulang apa yang akak sebut tadi '
dan anak kecil berusia 7 tahun itu pun mengulangnya kembali buat kali keberapa..sebutan kali ke seterusnya, dia lupa, masih tersasul dan tidak dapat menyebutnya dengan baik, terasa geram..
' Ya Allah, kenapa susah nak sebut huruf ni? Adik awak, Dahlia pun boleh sebut, lancar lagi...adik awak dah baca Iqra' 2. Malu tak?' sedikit aku tinggikan suara. Dia senyap.

       Cepat-cepat aku tenangkan diri balik, bukan senang nak mengajar budak-budak ini, ada yang lantang suara bila bercakap tapi bila mengaji suara sangat perlahan, ada yang banyak celoteh, baru mula mengaji main sana-sini, tak kurang juga ada yang sangat teruja nak mengaji, ada yang sanggup mengaji banyak dan macam-macam karenah lagi.

Sambung pada adik tadi,
dan dengan suara agak kendur sedikit,
aku masih tetap mengulangi lagi, sebab aku rasa kaedah pengulangan adalah yang terbaik.
dan dia masih tidak dapat menyebutnya lagi.
oh, tidak...aku buntu.
dan aku mengulanginya lagi
' Ulang lagi sampai akak puas hati.Suara kuatkan sedikit ' ujar aku sedikit tegas.
' Hah, bagus..macam  itu. Ok, esok baca mukasurat sebelah. '

Ternyata, esoknya budak itu tak datang, agaknya takut dengan ustazah (err, aku lah itu)
dan aku terasa,
oh, betapa kejamnya aku...(dengan emosi)
kasihan anak kecil itu,
semangatnya berkobar-kobar ingin belajar mengaji.
adakah aku telah mematahkan sayapnya?
Masya-Allah,
Allah, jangan kau matikan niatnya
mudahkan jalannya,
lancarkan lisannya,
moga dia jadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya

cara apa yang aku perlu buat untuk anak ini..?hoho,perlu pemikiran kreatif ni.

tetapi aku lupa, hari ini khamis malam Jumaat (budak-budak tak mengaji)
cehh...

Aku risau,
dek kerana sibuknya ibu ayah,
mengejar sempurnanya duniawi
anak-anak dibiarkan tanpa didikan ugama
mereka generasi akan datang
mahukah kau,
Islamnya pada nama dan ugama,
sedang ilmu agama tiada zahirnya?
tegarkah engkau,
melihat mereka dijajah fenomena bebas tanpa batasan
dalam dunia mereka sendiri
siulan oppa gangnam style
tarian kPop yang agak lincah
justien bieber putus dengan selena gomezz jadi bahan berita
realmadrid 2-0 lawan chelsea
ada lagi harlem shakes
dengan propaganza buatan sang musuh durjana
sedang solat entah di mana
Lalu, salah siapakah ini?
Ibu ayah?atau guru di sekolah?
ah, sudahlah..
saling menyalahi, sendiri apa kurangnya
buktinya
apa bakti kita pada agama?


* aku lupa nak bercerita tentang sang ibu itu..lain kali ok?







J.O.M relaks


Suatu hari di majlis Maulud Nabi

 'Adik, Haziq (kawan adik) bila ada orang sebut Nabi Muhammas S.A.W, kita kena jawab S.A.W. sebab nak tunjuk rasa sayang kita kat nabi..sayang Nabi kan???'
 'ok'

Tengahari tadi (semalam)
 ' Kak long, tadi kan kat kelas ustaz adik sebut Nabi Muhammad S.A.W..'
 ' ok, lepas tu adik buat apa?'
 ' adik jawablah S.A.W. Adik dengan Haziq je yang jawab...'
 ' Ha...jadi adik kenalah bagitahu pada kawan-kawan adik yang kita kena jawab S.A.W bila ada orang sebut S.A.W...nanti kawan adik dapat pahala, adik pun dapat pahala jugak, dan Kak long pun dapat pahala jugak sebab Kak Long yang ajar adik..Adik nak tak pahala free...kawan-kawan adik memuliakan Nabi kita je, automatik adik dapat...'
 ' nak!!!'
 ' contoh orang nak bagi kita seringgit hadiah, mestilah kita nak kan?'
 ' ohh..macam Kak Long dapat duit BR1M tu ke?'

haha, dan aku tergelak..(ok, tutup kes, itu lain cerita.)

sebenarnya mendidik kanak-kanak ni banyak cabarannya.
paling penting mereka suka mengambil teladan.
Penting untuk jelaskan dengan kaedah yang sesuai, penjelasan dan contoh...
makanya sebagai orang yang lebih dewasa (ok la, mengaku je la...umur dah nak masuk suku abad dah pun), kita wajib menunjukkan moral dan teladan yang baik..
baik dari perbuatan dan perkataan
yang lebih baik adalah dari hati..
kerana hati kita yang bersih akan menghasilkan aura diri yang positif.
(reset minda , Prof. Muhaya)

*dapat khabar kawan baik dapat mula mengajar esok. Rezeki dia, ALLAH MAHA KUASA..
moga rezeki aku dipermudah...




jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...