Friday, March 1, 2013

J.O.M relaks


Suatu hari di majlis Maulud Nabi

 'Adik, Haziq (kawan adik) bila ada orang sebut Nabi Muhammas S.A.W, kita kena jawab S.A.W. sebab nak tunjuk rasa sayang kita kat nabi..sayang Nabi kan???'
 'ok'

Tengahari tadi (semalam)
 ' Kak long, tadi kan kat kelas ustaz adik sebut Nabi Muhammad S.A.W..'
 ' ok, lepas tu adik buat apa?'
 ' adik jawablah S.A.W. Adik dengan Haziq je yang jawab...'
 ' Ha...jadi adik kenalah bagitahu pada kawan-kawan adik yang kita kena jawab S.A.W bila ada orang sebut S.A.W...nanti kawan adik dapat pahala, adik pun dapat pahala jugak, dan Kak long pun dapat pahala jugak sebab Kak Long yang ajar adik..Adik nak tak pahala free...kawan-kawan adik memuliakan Nabi kita je, automatik adik dapat...'
 ' nak!!!'
 ' contoh orang nak bagi kita seringgit hadiah, mestilah kita nak kan?'
 ' ohh..macam Kak Long dapat duit BR1M tu ke?'

haha, dan aku tergelak..(ok, tutup kes, itu lain cerita.)

sebenarnya mendidik kanak-kanak ni banyak cabarannya.
paling penting mereka suka mengambil teladan.
Penting untuk jelaskan dengan kaedah yang sesuai, penjelasan dan contoh...
makanya sebagai orang yang lebih dewasa (ok la, mengaku je la...umur dah nak masuk suku abad dah pun), kita wajib menunjukkan moral dan teladan yang baik..
baik dari perbuatan dan perkataan
yang lebih baik adalah dari hati..
kerana hati kita yang bersih akan menghasilkan aura diri yang positif.
(reset minda , Prof. Muhaya)

*dapat khabar kawan baik dapat mula mengajar esok. Rezeki dia, ALLAH MAHA KUASA..
moga rezeki aku dipermudah...




No comments:

Post a Comment

jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...