Thursday, March 28, 2013

oFFtoLarkin

Hoyay!!!!
Dah habis interview..
alhamdulillah...selesai sudah.
jadi sekarang ini tinggal untuk keputusan penempatan guru.moga-moga aku lulus temuduga ini.
erk, aku mohon negeri Kedah..
saja nak menimba pengalaman di tempat orang.
luaskan pemandangan, timba pengalaman..menuntut ilmu di negeri orang.
cari jodoh orang utara..

(ops..)

oleh kerana tarikh temuduga 27 mac, waktu cuti sekolah..jadi kami tak balik Kelantan..
kiranya offtoLarkin ni jadi percutian kami..

kami bertolak pergi JB 26 Mac..takut sesat.pakai GPS pun boleh sangkut tau..haha
Punyalah cari IPG Kampus Temenggong Ibrahim..tapi tak jumpa juga.
sampai jumpa stadium Larkin..wohaa..
ok,berhenti kejap ambil gambar.semangat Johor kejap.

malamnya, kami tidur di Hotel Seri Malaysia.
sambil baca-baca sikit..nak hilangkan gementar.

dan esoknya temuduga!
dengan tak lalu nak makan, cuma dengan suku keping butterscocth dan segelas air masak, aku masuk ke perpustakaan IPG tu.
rupanya,
aku terlupa dan tak tahu bahwa senarai semak dokumen kena ada.
makanya, aku tak ada senarai itu dan kena ada sekeping gambar pasport, di mana memang aku tak suka simpan gambar dalam dompet. tara papa, memang sangat seronok.

(abdiah, kau memang sengal!)

kawan aku, naz tanya..'cuba cek..tak kan tak ada gambar langsung dalam wallet aku?'
sebenarnya memang ada! thank you so much Naz!

(yeay!!!)

tak sempat nak ambil gambar lepas temuduga.haha
tak apa lah..

dah habis temuduga, kami jalan-jalan ke penghujung benua asia, iaitu Tanjung Piai, Pontian

singgah di Kukup sekejap, konon nak cari ikan masin...tapi tak jumpa.Apa yang aku dapat, niat nak datang taman negara johor pulau kukup,
lagi satu..boleh pergi Indonesia ikut Jeti kukup, terus ke Batam kalau tak silap aku.
abaikan tudung yang tak berapa nak jadi. fokus kat kelegaan yang terpancar kat muka aku.


cantik kan?lagi satu perkampungan nelayan di kukup, memang atas laut. kampung yang kami pergi kampung nelayan Cina. aku macam kagum sebab...aku tak biasa jumpa nelayan cina.hehe.

sampai kat rumah, maghrib..
tak lama aku dapat mesej dari my lovely friend tanya pasal interview. semoga dia enjoy penilaian khas hari ini.

(Thanks Seha!)
to all my friends for you wishes! love you all.

No comments:

Post a Comment

jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...