Saturday, April 20, 2013

story of Mr. Cool

Hah, dah tengok gambar kan???
inilah kisahnya..

Mr. cool ini adalah nama yang aku bagi pada seorang hamba Allah ini..Kenapa? Sebab dia nampak sangat cool, dan alasan yang lebih jelas adalah aku tak tahu nama sebenar dia apa, dan lain mengelakkan kantoi...haha.

Dia ini satu kuliah dengan tapi lain praktikum..kuliah F4 tapi aku p7 dia..aku tak ingat..banyak-banyak benda, yang paling penting dia budak surau dan nasyid...aku memang suka budak nasyid ni...tapi itu sebelum aku kenal smile bro. la.. (next time aku cerita siapa smile bro. nih)

sebenarnya, aku saja ja...bukannya minat gila kat Mr. cool..suka tengok perwatakan dia. Dan selebihnya, aku perlu sesuatu supaya aku tak tidur dalam kuliah.kira macam motivasi atau lebih tepat inspirasi lah.
(aku memang suka tidur, dulu-dulu sambil tunggu turn mandi kat shower pun aku boleh tidur..)

Dia ni memang tak pernah ponteng kuliah..(ye ke??lupa pulak) Tapi, aku tak pernah ponteng kuliah matrik..hehe,baik tak? Dulu lah..sekarang tak pun.Sampai awal...cop tempat..kadang-kadang satu baris aku cop untuk kawan-kawan aku.

Biasa dia duduk belakang..so, kadang-kadang aku cop tempat untuk kawan-kawan aku kat belakang aku, nanti kalau borak boleh pandang belakang sambil usha..dia dah sampai belum?..ee gedik betul aku..
(masa tu la, sekarang aku rasa..bodohnya aku..haha)

lagi satu yang tahu pasal ini roomate aku je..

Suatu malam itu, surau kolej ada buat program. Jadi aku dan roomate aku, Izni, Zima, hil pergi surau..Bagus kan roomate aku?..hehe.Diorang nak tahu yang mana satu Mr. cool ini. Dan dia memang ada betul-betul depan kami.Jadi aku tunjuklah..dia yang mana, pakai baju warna apa, kopiah putih ke biru ke hijau ke..

tetiba...ada seorang muslimat (kawan aku, tapi tak ingat nama) tanya kenapa dengan dia.
aku gelabah..apa aku nak jawab. tak kan nak jawab aku suka tengok dia. sudah, matilah aku.malu kot???
roomate aku dah gelak..
sakai punya kawan..(ayat sakai ni aku adaptasi dari roomate aku.haha..sorry ya)

oh, aku dapat idea..
' dia..kawan sekolah dulu..' (selambanya aku tipu sunat, ada ke tipu sunat, dah buat dosa..)
' ye ke? awak kelas mana? dia budak sekolah saya, tak pernah nampah awak pun???'
(ngaa...what the???)
' err..kawan sekolah kawan saya..haaa' lantaklah...
roomate aku yang bertiga dah tahan gelak...on the way balik bilik. memang gelak sakan lah diorang..
haha
start dari itu..dah tak ada dah Mr. cool..kau dah malukan aku!!!haha
penangan nak cover line..huhu
nama dia nikman ke nikmat aku pun dah lupa..
masuk UPM kena cari inspirasi lain lah pula..hehe...



project: versus

salam PRU 2013..(almaklumlah..baru balik dari penamaan calon)
di sebalik hijau..terselit merah (oh, itu aku...silap tudung.huhu..orang tengok je.haha)

ini kali pertama aku nak mengundi, jadi
ini kalilah atau terbaik?
nantikan 5 mei nanti...tak sabarnya nak mengundi!

sebenarnya kisah nya macam ini..
orang lain sebut reformasi..Ini kalilah, UBAH!!
adik aku sebut
'demokrasi, ini kalilah, bubar'
adui..tergelak aku kat sini..
'shh..adik, silap lah..malu kat orang..hoho'

haih, macam-macam...

aku melukis, dia sibuk nak melukis juga
yang ni aku lukis


ok,yang ni adik lukis...
dia nak lawan dengan aku..
katanya,
kita buat pilihan raya, siapa punya lagi cantik...
huahaha...
kak long versus adik

Tuesday, April 16, 2013

cinta bayangan

Rabu 
18 mei 2012
Kafe D'abang

     Aku memandang jam di tangan. 15 minit berlalu, kelibat si dia masih tidak kelihatan.Hatiku dipaut rasa gelisah. Hampir seminggu aku memerhatikan si dia, dan hari ini aku bertekad untuk melakukan sesuatu. Biar apa kata orang, asal hatiku puas. Ini soal hidup, tentang masa depan dan kebahagiaanku. 
    Hampir 3 tahun aku mencari dia. Ya dia, dia yang telah mengkucar kacirkan hidup aku. Tidur malamku diusik bayangannya, senyuman manis, matanya yang tajam menyinar. Ah, Zura. Kejam kau! Kau curi hatiku. Aku tak ingin semua itu. Tapi jujur, mencintaimu suatu anugerah terindah dalam hidupku. Aku ingin selalu dan selamanya mencintaimu. 
    Masih kuingat saat kuluah isi hatiku, itupun setelah beberapa kali aku cuba. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya aku. 
   " Zura..."
   " Kenapa Zim?"
   " Aku...." kali pertama aku tergagap-gagap di hadapanmu.
   " ya, kau...kau kenapa?"
   " Aku...." dan tiba-tiba bola menuju tepat ke mukaku. Sakit!
   " Eh, Zim. Kau ok?"
   " Woi..tak ada otak ke? Tak nampak ke aku tengah nak luah perasaan cinta ni. Kacau daun betul!" Marah aku kepada geng bola tadi tanpa menyedari aku terluah perasaan. Aku kaget. Dan Zura tergelak kecil. Ah, senyuman itu. 
   " Kau nak dengar lagi ke?"
   " kalau kau nak ulang balik, apa salahnya.." dan kami tergelak. Saat itu, aku tahu Zura juga sama. Ramai yang kata kami ibarat pinang dibelah dua. Indahnya saat bercinta. Rasa bahagia bila ada yang selalu mengambil berat.
   " Abang, nak tambah air lagi ke? " haish, ini seorang lagi. Haih, marah betul aku, orang kacau aku.
   " Hah, tambah neslo ais satu! Kasi nescafe pekat sikit. " 
     Yahoo, penantianku tidak sia-sia. Kelibat dia muncul juga. Masih seperti dulu, senyumnya, lenggok jalannya. Duhai sang kekasih, kenapa kini baru kau menjelma. Ke mana kau pergi, sayang? Selang beberapa minit, aku bangun menuju ke tempat duduknya. Dia dan dua orang temannya.
    " Zura..."
     Diam, tiada respon. Aku berdehem keras. Beberapa orang di sekelilingku memandangku aneh. Ah, pedulikan mereka. Bukan mereka tahu apa kisahku. 
    " Zura..." Ku kuatkan suaraku.
    " Awak siapa ya?  " Sudah, aku salah orang ke?eh tak, aku yakin ini Zura. zura yang aku rindu, yang selalu marah aku bila aku sengaja mengusiknya.
    " Zura, awak tak kenal saya ke?"
    " Err..saya bukan Zura.."
    " Kau Zura, aku kenal kau...Kau Zura! Jangan buat aku macam ni Zura! Tolonglah...Aku dah lama cari kau, dah macam orang gila.."
    " Dee, siapa ni? "
    " Babe, cari tempat lain jom, seram aku. "
    " Sorry encik. Saya bukan Zura.." Lantas dia bangun meninggalkan aku. 
    " Zura!!!!" Aku menjerit sekuat hati. Orang ramai masih memandang aku. Drama cinta apakah ini? Bisik mereka.

Jumaat yang lalu
13 Mei 2012 
tempat yang sama

    " Azim..Allah ya Rabbi, Azim..." aku mengucap panjang. Memang dia. Ingin sekali aku bangun menuju ke arahnya. Aku bangun dan sengaja berjalan melintasi tempatnya. Wangian yang sama.

malam itu, aku terus menghantar sms ringkas kepada kawan baikku, Sue.
    ' Sue, aku jumpa Azim Sue...doa aku termakbul Sue..' 
    Sue, teman baikku yang sering mendengar ceritaku, keluh kesahku, tempatku melabuh kepala saatku rasa sedih.
    ' Azim ? Azim alias?'
    ' yup sue..memang aku jumpa dia kat kafe tengahari tadi. Wangian dia, aku tak kan lupa.'
    ' zura, aku nak bagitahu satu benda ni...'
    ' apa dia sue? '
    ' ingat usop? ex-boyfriend aku merangkap husband aku?'
    ' gila tak ingat, aku jadi pengapit kau kot...sengal la kau ni sue..'
    ' zura,ok..aku serius ni'
    ' ya..aku dengar la ni'
    ' usop kata Azim dah tunang, cuti sekolah ni dia nak kahwin. bakal isteri dia cikgu, mengajar kat Segamat.'
    Aku terus terkedu.Allah, saat itu hatiku berkecai. Hancur segala harapanku. 3 tahun aku menyendiri, konon untuk menguji kesetiaan cinta Azim. Egoku tinggi melangit. Kini, pedihnya kutanggung sendiri. ah, cinta...pergilah dikau. 

12 jam 34 saat kemudian
rumah teres taman Pawana

     Dee masih memandang ke arah laptop yang terpasang sejak tadi. Drama korea kegilaannya masih dalam konflik, air matanya mengalir deras. Sedih.Kisah tentang pengorbanan seorang ayah demi memastikan kehidupan keluarganya terjamin hingga suatu ketika musibah datang melanda. tajuknya, It's okay, my daughter,.dalam bahasa Inggeris, tapi dalam Korea tak berapa nak tahu tajuknya.
    " Tak boleh blahlah kau ni Dee, tengok cerita korea pun boleh nangis..." Tegur Sumaiyah, teman serumah Dee. 
    " adoih, jangan kacau aku..sikit lagi nih...." Air mata Dee masih mengalir, semakin deras. Tisu di tangan digenggam erat.
    " beria kau nangis...tak kan sedih sangat...tak adalah sedih mana. aku masuk bilik dulu la ye. Mengantuk dah ni, esok nak pergi sekolah pagi lagi."
    " ok..."  Sambil matanya memandang tepat ke arah Sumaiyah. Memerhati bayang Sumaiyah yang semakin menghilang di balik daun pintu . Buku planner di tepi laptop dikeluarkan. Kad merah jambu ditatap erat lagi.
     Ah, Sumaiyah, dalam diam. Tiba-tiba kad dihulur. Katanya lagi, pilihan keluarga. Hampir seisi rumah terkejut sewaktu Sumaiyah mengeluarkan kad merah jambu itu tadi, untunglah sumaiyah, anak orang kaya, majlis kahwin di hotel besar. Kata Zura Idris dan Shana.

Khusus buat : Dhea Zuraiya Dzulkifli
    Walimatul urus
    ' Sumaiyah Idilfitri dan Muhammad Azim Elias '
    Dan air mata terus mengalir.Seiring dengan hujan yang turun membasahi bumi segamat.

   'cinta tak semestinya memiliki, cukup untuk dihargai'
   

Tuesday, April 2, 2013

projek: 2

Di sebalik tabir


Setiap kita adalah pelakon
di pentas dunia atau pentas akhirat
tetap kita tiada pilihan..
kedua-duanya harus dilalui
kita lah sang pengarah
malah kita juga pelakonnya
mungkin sehebat Aaron Aziz yang kacak bergaya
atau secantik Lisa Surihani?
pilihlah siapa saja...
jadilah kita yang terbaik
yang ikhlas melaksanakan sebuah teater kehidupan
tanpa hipokrit
tanpa sifat munafik
bebas dari jajahan thagut yang durjana

supaya kita akan mendapat 'award'
syurga yang kita inginkan'
dengan rahmat YANG MAHA ESA..


jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...