Tuesday, April 16, 2013

cinta bayangan

Rabu 
18 mei 2012
Kafe D'abang

     Aku memandang jam di tangan. 15 minit berlalu, kelibat si dia masih tidak kelihatan.Hatiku dipaut rasa gelisah. Hampir seminggu aku memerhatikan si dia, dan hari ini aku bertekad untuk melakukan sesuatu. Biar apa kata orang, asal hatiku puas. Ini soal hidup, tentang masa depan dan kebahagiaanku. 
    Hampir 3 tahun aku mencari dia. Ya dia, dia yang telah mengkucar kacirkan hidup aku. Tidur malamku diusik bayangannya, senyuman manis, matanya yang tajam menyinar. Ah, Zura. Kejam kau! Kau curi hatiku. Aku tak ingin semua itu. Tapi jujur, mencintaimu suatu anugerah terindah dalam hidupku. Aku ingin selalu dan selamanya mencintaimu. 
    Masih kuingat saat kuluah isi hatiku, itupun setelah beberapa kali aku cuba. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya aku. 
   " Zura..."
   " Kenapa Zim?"
   " Aku...." kali pertama aku tergagap-gagap di hadapanmu.
   " ya, kau...kau kenapa?"
   " Aku...." dan tiba-tiba bola menuju tepat ke mukaku. Sakit!
   " Eh, Zim. Kau ok?"
   " Woi..tak ada otak ke? Tak nampak ke aku tengah nak luah perasaan cinta ni. Kacau daun betul!" Marah aku kepada geng bola tadi tanpa menyedari aku terluah perasaan. Aku kaget. Dan Zura tergelak kecil. Ah, senyuman itu. 
   " Kau nak dengar lagi ke?"
   " kalau kau nak ulang balik, apa salahnya.." dan kami tergelak. Saat itu, aku tahu Zura juga sama. Ramai yang kata kami ibarat pinang dibelah dua. Indahnya saat bercinta. Rasa bahagia bila ada yang selalu mengambil berat.
   " Abang, nak tambah air lagi ke? " haish, ini seorang lagi. Haih, marah betul aku, orang kacau aku.
   " Hah, tambah neslo ais satu! Kasi nescafe pekat sikit. " 
     Yahoo, penantianku tidak sia-sia. Kelibat dia muncul juga. Masih seperti dulu, senyumnya, lenggok jalannya. Duhai sang kekasih, kenapa kini baru kau menjelma. Ke mana kau pergi, sayang? Selang beberapa minit, aku bangun menuju ke tempat duduknya. Dia dan dua orang temannya.
    " Zura..."
     Diam, tiada respon. Aku berdehem keras. Beberapa orang di sekelilingku memandangku aneh. Ah, pedulikan mereka. Bukan mereka tahu apa kisahku. 
    " Zura..." Ku kuatkan suaraku.
    " Awak siapa ya?  " Sudah, aku salah orang ke?eh tak, aku yakin ini Zura. zura yang aku rindu, yang selalu marah aku bila aku sengaja mengusiknya.
    " Zura, awak tak kenal saya ke?"
    " Err..saya bukan Zura.."
    " Kau Zura, aku kenal kau...Kau Zura! Jangan buat aku macam ni Zura! Tolonglah...Aku dah lama cari kau, dah macam orang gila.."
    " Dee, siapa ni? "
    " Babe, cari tempat lain jom, seram aku. "
    " Sorry encik. Saya bukan Zura.." Lantas dia bangun meninggalkan aku. 
    " Zura!!!!" Aku menjerit sekuat hati. Orang ramai masih memandang aku. Drama cinta apakah ini? Bisik mereka.

Jumaat yang lalu
13 Mei 2012 
tempat yang sama

    " Azim..Allah ya Rabbi, Azim..." aku mengucap panjang. Memang dia. Ingin sekali aku bangun menuju ke arahnya. Aku bangun dan sengaja berjalan melintasi tempatnya. Wangian yang sama.

malam itu, aku terus menghantar sms ringkas kepada kawan baikku, Sue.
    ' Sue, aku jumpa Azim Sue...doa aku termakbul Sue..' 
    Sue, teman baikku yang sering mendengar ceritaku, keluh kesahku, tempatku melabuh kepala saatku rasa sedih.
    ' Azim ? Azim alias?'
    ' yup sue..memang aku jumpa dia kat kafe tengahari tadi. Wangian dia, aku tak kan lupa.'
    ' zura, aku nak bagitahu satu benda ni...'
    ' apa dia sue? '
    ' ingat usop? ex-boyfriend aku merangkap husband aku?'
    ' gila tak ingat, aku jadi pengapit kau kot...sengal la kau ni sue..'
    ' zura,ok..aku serius ni'
    ' ya..aku dengar la ni'
    ' usop kata Azim dah tunang, cuti sekolah ni dia nak kahwin. bakal isteri dia cikgu, mengajar kat Segamat.'
    Aku terus terkedu.Allah, saat itu hatiku berkecai. Hancur segala harapanku. 3 tahun aku menyendiri, konon untuk menguji kesetiaan cinta Azim. Egoku tinggi melangit. Kini, pedihnya kutanggung sendiri. ah, cinta...pergilah dikau. 

12 jam 34 saat kemudian
rumah teres taman Pawana

     Dee masih memandang ke arah laptop yang terpasang sejak tadi. Drama korea kegilaannya masih dalam konflik, air matanya mengalir deras. Sedih.Kisah tentang pengorbanan seorang ayah demi memastikan kehidupan keluarganya terjamin hingga suatu ketika musibah datang melanda. tajuknya, It's okay, my daughter,.dalam bahasa Inggeris, tapi dalam Korea tak berapa nak tahu tajuknya.
    " Tak boleh blahlah kau ni Dee, tengok cerita korea pun boleh nangis..." Tegur Sumaiyah, teman serumah Dee. 
    " adoih, jangan kacau aku..sikit lagi nih...." Air mata Dee masih mengalir, semakin deras. Tisu di tangan digenggam erat.
    " beria kau nangis...tak kan sedih sangat...tak adalah sedih mana. aku masuk bilik dulu la ye. Mengantuk dah ni, esok nak pergi sekolah pagi lagi."
    " ok..."  Sambil matanya memandang tepat ke arah Sumaiyah. Memerhati bayang Sumaiyah yang semakin menghilang di balik daun pintu . Buku planner di tepi laptop dikeluarkan. Kad merah jambu ditatap erat lagi.
     Ah, Sumaiyah, dalam diam. Tiba-tiba kad dihulur. Katanya lagi, pilihan keluarga. Hampir seisi rumah terkejut sewaktu Sumaiyah mengeluarkan kad merah jambu itu tadi, untunglah sumaiyah, anak orang kaya, majlis kahwin di hotel besar. Kata Zura Idris dan Shana.

Khusus buat : Dhea Zuraiya Dzulkifli
    Walimatul urus
    ' Sumaiyah Idilfitri dan Muhammad Azim Elias '
    Dan air mata terus mengalir.Seiring dengan hujan yang turun membasahi bumi segamat.

   'cinta tak semestinya memiliki, cukup untuk dihargai'
   

No comments:

Post a Comment

jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...