sebelum temuduga, aku bekerja sebagai jurujual di Jakel..kiranya Jakel jadi tempat aku memahirkan soft skill aku seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan..
cehh..aku ditemuduga di KUITHO, Batu Pahat.
kisah interview aku?
biasa saja..
ini adalah interview aku yang kedua, lepas interview untuk Darul quran.
(off story, kisah lama)
panel juri ada 3 orang,2 orang lelaki dan seorang perempuan..
ini temududa individu. aku pernah tulis pasal amin dulu
giliran aku selepas Amin ...
Antara soalan yang aku dapat
1. Kenapa aku nak jadi cikgu matematik?
2. Sesi pengajaran
3. Macam mana nak ajar pelajar lemah?
4. Soalan fakta am
5. yang terakhir : baca doa kebahagian dunia akhirat.
tapi,masa itu..
aku main jawab saja..haha
jawapan aku
Saya ingin jadi cikgu matematik kerana saya sangat suka matematik.
(memang aku memang suka sangat maths tapi rezeki aku dapat Fizik)
Aku ajar subjek trigonometri.
penyelasaian aku,
buat kumpukan di mana dalam satu kumpulan ada pelajar pandai dan minta dia buat penjelasan di bawah penyeliaan kita. Dengan cara itu, pelajar mungkin lebih memahami konsep melalui pemahaman rakan-rakan yang lain.
(sesuka hati aku je. haha)
aku ditanya siapa MB Johor,MB Kelantan, Sultan Johor, Sultan Kelantan dan ramai lagi menteri. Kelakarnya, ada yang aku tak ingat nama tapi nama ayah aku ingat. Jawab sajalah dengan penuh keyakinan
soalan last sekali memang buat aku terkejut.. Dah, kenapa pula nak kena baca doa kesejahteraan dunia akhirat kat sini. Apa kaitan pula dengan temuduga ni? aku nak jadi cikgu Matematik ke Ustazah ni?
atau mungkin panel juri tengok profil aku yang latar belakang SMKA? dan penglibatan aku dalam bidang agama?
aku tarik nafas panjang, angkat tangan, tutup mata, tundukkan kepala dan mula baca doa.
aku mulakan dengan basmallah, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia..
doa untuk ibu bapa, umat muslimin..
doa untuk ketetapan hati, doa selamat iman, tingkat ilmu, kefahaman..
doa berjaya dunia akhirat dan
akhir sekali keselamatan serta kebahagiaan dunia dan akhirat...
aku buka mata dan dongakkan kepala..
eh eh, panel pun aminkan?
sejuknya mata dan hati aku..
dan itu sajalah...
alhamdulillah, rezeki aku kat sini
dapat jumpa awek-awek cun dan pakwe pakwe handsome kat UPM ni.
| Bac. of Science with Education- physics 2008-2012 |
| :) |
No comments:
Post a Comment