Sunday, July 21, 2013

call me ustazah

Bismillahirrahmanirrahim....
sedar tak sedar, esok minggu keempat aku mengajar di SMK Bandar Putra, Segamat
dan dalam masa 4 minggu ini..banyak benda yang aku pelajari

Alhamdulillah..dapat posting dekat dengan family, rumah sewa ke, makan minum tak payah risau..
kereta, pakaian...semua ditanggung beres. hehe
Allah mudahkan...
tapi biasalah setiap apa yang Allah buat, ada pro dan kontra nya...
cuma selagi kita berpegang pada janjiNya...
tak ada apa yang kita perlu risaukan
Allah kan ada :)
(cehh..nampak tak ayat..maklumlah dah jadi ustazah )

minggu lepas, waktu perhimpunan, penyelia petang bagi jadual baru pada aku...
and he call me
'Ustazah Abdiah'
jadual aku berubah 360 degree...
tiada matematik, sains atau subjek yang berkaitan...
yang ada 27 waktu seminggu, dan status aku adalah ustazah.
terduduk aku...
seriously, aku sedar aku tak layak..
Allah..saat aku tulis ni pun, aku tahu aku tak layak...
bukan senang nak jadi ustazah...

hanya kerana aku lepasan SMKA segamat...
Allahurabbi..
tingginya harapan mereka.
sedang aku masih insan biasa.
pada aku seorang ustaz atau ustazah adalah da'ie.
dan apa yang pasti

kakak-kakak senior dah pesan
"abdiah, rekod mengajar dalam tulisan jawi ya.."
haha
oh my...
kena polish balik skill menulis jawi :)
minggu lepas aku pesan,
kejarlah akhirat maka dunia juga mampu kau perolehi.. 
jadi ustazah ni kena banyak ilmu...so, jom tingkatkan ilmu
selamat berpuasa, bertaraweh, khatam quran dan banyakkan amal jariah
let's fight for the best ramadhan ever  for ourself. insha Allah :)

No comments:

Post a Comment

jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...