Monday, May 20, 2013

makeover : KOTAK PENSEL

hoyayy!!
berjaya menyiapkan 1,2...3..eh, kejap nak kira balik
aku punya 2, amad punya, alya punya, iera..dan adik
eh dan 6 biji aku buat..

seronok la buat kotak pensel ni
puas hati sangat
sebab boleh buat saiz yang kita nak..
corak yang mcm mana
dan
yang paling penting TAK SAMA DENGAN ORANG LAIN !!!

senang je cara nak buat kotak pensel ni

1. potong kain ikut saiz yang anda nak..ikut saiz zip, ada zip pendek, sederhana dan panjang
ok, dah potong??

2. gunakan kertas keras untuk jadikan kain anda lebih keras
 kain keras ni banyak kat kedai jahit., biasanya digunakan untuk buat kolar dan poket baju melayu. paling murah semeter RM5 je..


3. Lipat sikit bahagian atas macam ni


dan jahit zip pada bahagian yang dilipat.

4. cantumkan semua bahagian dan lihatlah hasilnya :


(sorry la, gambar lain pula keluar, kotak pensel ungu petak di atas adalah milik adik bongsuku..dah siap je, dia terus amik, jahit nama dia)

corak tu korang boleh jahit sebelum atau selepas cantum.aku pilih sebelum sebab lagi senang nak jahit

dan lepas itu bermulalah episod menjahit KOTAK PENSEL



lagi dua tuan dia dah ambil dah..
dan misi seterusnya beg tangan !!!!


yeay!!!dah siap beg
aksesori terpakai dari beg leno yang dah lama terkoyak
ada untungnya aku simpan korang ye

No comments:

Post a Comment

jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...