Saturday, May 18, 2013

TAJWID : faedah mempelajarinya

okey, fasal faedah mempelajari ilmu tajwid ni:

1. memelihara daripada kesalahan-kesalahan dlm membaca al-Quran
 ada 2 jenis kesalahan, yg nyata dan tersembunyi.
kesalahan yg nyata ni apabila, mengubah makna atau tidak perkataan bila kita baca perkataan dengan baris yg salah dan mengubah huruf asal kepada huruf yang lain.

hukum melakukan kesalahan nyata seperti ini adalah haram secara ijmak ulama.
bagi yang tidak sengaja atau tidak tahu, maka tiada dosa ke atasnmya kerana ALLAH Maha Pengampun.

kesalahan yg tersembunyi pula kesalahan yg dilakukan pada sebutan yang salah, biasanya disedari oleh orang yang mahir tajwid atau para qurra'.
contoh kesalahan ialah meninggalkan izhar, idgham, ikhfa', dengung, kadar panjang yg sepatutnya, tarqiq dan lain-lain yg mengabaikan hukum tajwid

2. mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul
percaya tak, bila kita tahu ilmunya, kita akan lebih yakin untuk berbicara soalnya..
macam tu juga ilmu tajwid, bila kita tahu, kita tak akan segan untuk baca mana-mana ayat pun..
tapi yakin bukan sekadar syok sendiri, pergi menuntut ilmu dengan para Qurra', ustaz yang fasih dan orang alim yang selayaknya.

3. mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat
Hadis riwayat Uthman bin affan, sabda Nabi Muhammad S.A.W,  "sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Quran dan mengajarnya"  (hadis ke 4639 Sahih bukhari)

tengok ayat Quran surah Fatir: 29-30
firman ALLAH yg bermaksud :
 " sesungguhnya orang-orang yg selalu membaca kitab ALLAH dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau terang-terangan, mereka (dengan amalan sedemikian) mengharapkan perniagaan yg tidak akan pernah mengalami kerugian; supaya ALLAH menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yag bersyukur kepadaNya)"

ada lagi,
hadis riwayat Abu umamah al-Bahili r.a., di mana Nabi S.A.W bersabda:
"bacalah Qur'an, maka sesungguhnya dia akan datang di hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.." (hadis ke 1338 Sahih Muslim)

dan banyak lagi..rajin-rajinkan membelek tafsir atau terjemahan (noted for me also)
kesimpulannya
tak akan kita nak biarkan diri kita dalam belenggu kejahilan *dalam konteks buta tajwid..*
kita sering mengagungkan bangsa
peka dengan peredaran sezaman 
tapi kita sentiasa lupa 
pedoman atau manual hidup kita..
ia kekal tak pernah berubah
tapi cocok sepanjang zaman
cahaya yang menjadi penyuluh dalam kegelapan,
yang menenteramkan jiwa
peneman setia di alam kubur
itulah Qur'an al-Karin



p/s :
aku belajar dengan mama dan abah aku je..
mama aku cuma seorang surirumah tangga dan abahku seorang ustaz.
tapi aku bersyukur sebab mereka ajar aku apa yang sepatutnya..insha ALLAH..
jadi aku tanya diorang belajar dengan sapa
abah kata, abah belajar mengaji dengan Ustaz Jaafar Ismail, pondok Haji Latif Jerteh
mama pula belajar dengan Ayah Haji Muhammad, guru mengaji yang belajar di Mekah dan belajar di sana hampir 25 tahun..
sedekahkan al-fatihah buat guru-guru mengajiku..

oh ya,rujukan aku
ilmu tajwid 
menurut riwayat Hafs 'An 'Asim
melalui TORIQ Asy-Syatibiyyah
surur Shihabuddin An-Nadawi

No comments:

Post a Comment

jomsemak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...