Kenapa kita kena belajar tajwid?
Sayang, tak rugi pun kita belajar tajwid..
banyak baiknya...tak ada buruk pun...
selalu lepas ajar budak-budak mengaji, aku akan tanya apa hukum-hukum, bacaan dia macam mana..
(minta maaf lah adik2 sekalian, akak sorang ni memang garang sikit..awal-awal aku dah bagitau pasal makhraj huruf..selalu salah sebut huruf ق dan ك , panjang pendek..dengung, tarqiq..mad dan sebagainya)
Tajwid dari segi bahasa maksudnya mengelokkan atau mencantikkan
dari segi istilah pula, bermaksud suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan betul
sesetengah ulama' mentakrifkan tajwid sebagai menunaikan hak huruf dan apa yg sepatutnya bagi sesuatu huruf al-Quran dari segi makhrajnya, sifat-sifatnya, dengung, panjang, tebal atau nipis dan hal-hal yg berkait dengan ilmu tajwid
Hukum?
belajar ilmu tajwid adalah fardu kifayah,
manakala mempraktikkan tajwid dalam pembacaan al-Quran adalah fardu 'ain
dlm erti kata lain, dlm sesuatu masyarakat perlu ada seorang atau beberapa yg belajar ilmu tajwid supaya boleh menjadi rujukan kepada ahli masyarakat, kalau tak ada...
masyarakat tersebut adalah berdosa.
senang kata macam ni..kita tak wajib tahu ilmu tajwid ( teori, istilah atau apa namanya bacaan tersebut dan sebagainya) tapi kita wajib membaca al-Quran dengan mengikut tajwid yang betul. nampak tak bezanya?
dan untuk membaca al-Quran dengan betul perlu dipelajari....
jadi, nak tak nak..kita memang kena tahu lah tentang tajwid ni, contohnya:
bila nun sakinah jumpa mim nak baca macam mana?
kalau tanwin jumpa 'ain pula?
qalqalah bila jumpa 5 huruf tu
nak panjang berapa kalau jumpa mad asli, mad lin...
ni basic je ni...belum masuk isymam, imalah...saktah
(jangan pelik,kita memang jumpa dalam ayat quran yang kita baca, tengok surah yusof, yasin)
tak ada orang yang lahir-lahir je di dunia dah pandai baca quran..
tak payah segan atau malu dalam belajar mengaji
tak ada salahnya kita belajar memperelokkan bacaan kita
dulu ada jiran bilik masa matrik dulu minta tolong aku ajar mengaji,
aku kata tolong setakat yang aku mampu boleh lah..sebab aku pun bukan terer mana, asas boleh..
yang lain kena improve jugak (ni tengah improve la ni)
tapi sudahnya, dia tak datang..dia segan dengan roomate aku agaknya.
cuma aku harap, dia teruskan niat dia untuk belajar.
ada orang kata lebih baik jahil daripada berilmu, kerana yg jahil tak perlu beramal dengan sesuatu ilmu.
sebaliknya suatu ilmu yg dipelajari hendaklah diamalkan dan jika diabaikan dianggap berdosa.
untuk orang yg berfikiran mcm ni..
berterusan dlm kejahilan suatu dosa yang tidak akan dilepaskan oleh ALLAH bahkan akan dipersoal di akhirat kelak
talaqqi dengan guru yang dipercayai, yang pakar soal tajwid.
Rasulullah sendiri talaqqi dengan Jibril setiap bulan ramadhan
duhai ibu bapa,
kewajipan mengajar anak-anak mengaji, kalau tak mampu hantar anak mengaji.
ini hak ke atas mereka (didikan agama)
jangan jadikan kesibukan suatu alasan
atau ajaran guru-guru di sekolah memadai
suatu saat mereka akan mempersoal tindakanmu.
oh ya,
murid-murid akan mengaji Iqra' dan muqaddam sehingga lancar dan khatam barulah kami pindahkan kepada al-Quran..
ajar secara individu..sebab cara ini lebih tepat untuk menguji kefahaman dan kefasihah murid tersebut.
aku dulu tiap-tiap hari kena rotan..tapi alhamdulillah..berjaya khatam
mama dan abah mula ajar iqra' umur 5 tahun, darjah 1 mula baca al-Quran.
(ingat lagi betapa excited dapat hadiah al-Quran biru tu)
darjah 3 baru khatam..lambat kan?
dan sekarang ni, aku pula pegang rotan..
kadang-kadang eksyen je pegang rotan
p/s : aku tak faham dengan guru mengaji yang mengabaikan hukum-hukum tajwid. Aku 'tabik spring' dengan anak murid yang khatam dengan guru ini dalam masa beberapa bulan (tak sampai setahun daripada Iqra' sehingga al-Quran)
semoga aku dan kamu menjadi seseorang yang berguna untuk agama dan negaraku..
selamt hari guru :)

No comments:
Post a Comment